DROPDOWN MENU

SLIDER



Tuesday, March 28, 2023

UJIAN KELAYAKAN UKM1 TELAH DIBUKA

 



Ujian kelayakan UKM1 telah dibuka. Murid-murid berusia 8 hingga 12 tahun (tahun 2023) adalah digalakkan untuk menyertai ujian ini.

Layari https://ukm1.geniuspintar.ukm.my/ untuk sertai


Monday, March 27, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 1 : SAYANG MENYAYANGI | KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 1 & 2 #akademiyoutuber

 

1. Bercuti bersama keluarga

2. Hormat- menghormati

3. Beriadah bersama keluarga

4. Menonton televisyen bersama-sama

5. Bermain bersama-sama

6. Bergurau senda

7. Membantu keluarga

Bina ayat :

1. Kita haruslah melakukan aktiviti riadah atau bersenam bersama-sama dengan anggota keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

2. Kita boleh menonton televisyen bersama-sama dengan keluarga pada waktu lapang.

3. Kita perlu hormat-menghormati dan saling memaafkan antara anggota keluarga.

4. Ibu bapa boleh meluangkan masa bermain bersama-sama dengan anak pada masa lapang.

5. Anak-anak perlu membantu ibu bapa di rumah bagi meringankan beban mereka seperti mengemas rumah, membantu menyediakan makanan dan sebagainya.


Aktiviti

Dengar ujaran dan cam sebutan, kemudian sebut ujaran semula.

Cadangan Jawapan : 

Irfan         : Berita ini tentang Puan Fazlina yang luka pada bahagian kaki ketika menyelamatkan tiga orang anaknya daripada banjir. Beliau telah mengangkat anak-anaknya ke bumbung rumah semasa paras air semakin naik. Ketika kejadian, suami tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan.

Irdina       : Semasa ayah masih kecil, nenek sangat bimbang sewaktu ayah demam. Nenek telah membawa ayah ke klinik dengan segera.

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 | UNIT 3 : ISTIMEWANYA KITA |SATU UNTUK SEMUA (ASPEK TATABAHASA - KATA GANTI NAMA) | HALAMAN 17

 


link pembelajaran : https://www.youtube.com/watch?v=3csyscOhUP4&t=191s



Murid melengkapkan dialog dengan kata ganti nama.
Murid melakonkan dialog secara simulasi.

Cadangan Jawpan:

Rajiv     : Kamu sedang buat apa di situ, Hadif?

Hadif     : Saya sedang membaca e-buku ini. Kamu datang seorang sahaja? Mengapakah kamu tidak  datang bersama-sama dengan Haziq.

Rajiv     : Haziq tidak dapat datang kerana dia menolong ibunya mengemas rumah. Dia akan datang ke sini setelah selesai menolong ibunya.

Hadif     : Marilah kita membaca bersama-sama di meja sana. Adik-adik saya hendak bermain di sini. Mereka akan mengganggu kita nanti.

Hadif     : Kamu boleh menggunakan tablet ini atau komputer riba itu. Saya pula akan menggunakan telefon bimbit milik ibu saya.Ibu sudah memberi keizinan.

Rajiv     : Terima kasih, Hadif. Bagaimanakah cara membaca e-buku itu?

Hadif     : Kamu perlu memuat turun buku cerita yang telah dibeli. Kemudian, masukkan nama pengguna dan kata laluan.

Ayah     : Kalian sedang membaca e-buku?

Rajiv     : Ya, kami sedang membaca e-buku.




LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA