DROPDOWN MENU

SLIDER



Monday, April 3, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : KISAH SEBUAH KELUARGA | ASPEK SENI BAHASA | HALAMAN 10 #akademiyoutuber

 



KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.1 Melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai serta menyatakan pengajaran.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat : Melafazkan dan melagukan seloka.

AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu tentang seloka. (PAK 21)

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami seloka yang bertajuk “Kisah Sebuah Keluarga”.
3. Murid dibimbing melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai. (KBAT)
4. Murid menyenaraikan pengajaran yang terdapat dalam seloka dalam buku latihan. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Murid membuat persembahan melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Pengajaran yang terkandung dalam seloka.
1. Ibu bapa boleh memantau kegiatan anak-anak di rumah dengan menggunakan kemudahan teknologi melalui telefon pintar semasa bekerja atau berjauhan dengan mereka.
2. Ibu bapa juga haruslah tidak mementingkan kerjaya. Mereka hendaklah meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga untuk mengeratkan kasih sayang.
3. Janganlah kita lalai dengan peranti atau gajet sehingga kita alpa dengan kehidupan dan tidak menghiraukan orang lain yang bersama-sama kita.
4. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan semoga rezeki kita bertambah dan dapat bercuti bersama-sama dengan keluarga lagi.

banyak lagi di


dapatkan juga



CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : MELANCONG KE PULAU MABUL | KEMAHIRAN MENULIS | HALAMAN 9 #akademiyoutuber

 



3.0 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN

3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna

STANDARD PEMBELAJARAN

3.2.1 Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdPC murid dapat : Membina dan menulis perenggan.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu. (PAK 21)
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid menonton dan memahami video You Tube tentang melancong ke Pulau Mabul. 
3. Murid membaca dan memahami risalah tentang melancong ke Pulau Mabul. (KBAT)
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
5. Murid diminta membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat tentang risalah pakej pelancongan dan video secara kritis dan kreatif. (PBD)
2. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk membaca perenggan pendapat yang telah ditulis. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.

Bina da tulis perenggan untuk menyatakan pendapat tentang risalah pakej pelancongan dan video secara kritis dan kreatif.

Cadangan Jawapan :
Syarikat pelancongan Suria Kencana menawarkan pakej yang menarik untuk pelancong memilih pakej yang diingini.Kami sekeluarga memilih pakej B kerana pakej ini sesuai dengan kegiatan keluarga kami. Kami ingin menikmati keindahan pantai dan keunikan kawasan persekitaran. Saya dan keluarga akan melakukan aktiviti menyelam permukaan di Pulau Mabul untuk memerhatikan kehidupan marin dengan berlatarkan alam semula jadi. Saya teringin untuk melihat ikan pari, kuda laut dan juga ikan spesis nudibanch, moray dan lain-lain. Kami mahu merakam video yang menarik sebagai kenagan berada di sana.




CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : SERONOKNYA BERCUTI | KEMAHIRAN MEMBACA | HALAMAN 8 #akademiyoutuber

 



2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN 

2.1 Asas membaca dan memahami

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.1 Membaca, memahami dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera.

CADANGAN JAWAPAN

1. Di manakah tempat percutian yang menepati manfaat yang dinyatakan?Jelaskan.

Cadangan Jawapan : Pada pendapat saya, tempat percutian yang menepati manfaat yang dinyatakan ialah negeri Terengganu. Banyak destinasi percutian yang menarik di Terengganu. Antaranya terdapat pulau-pulau tropika yang indah, hutan yang masih terpelihara flora dan fauna, tempat-tempat bersejarah serta pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat.

2. Huraikan sebab percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan.

Cadangan Jawapan : Percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan.Antaranya dapat mengeratkan lagi perhubungan keluarga serta dapat meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan dan berkongsi pengalaman baru. Pengalaman bersama keluarga akan menjadi kenangan yang terindah.

3. Pada pendapat kamu, apakah manfaat percutian yang paling menarik? Mengapa?

Cadangan Jawapan : Pada pendapat saya, manfaat percutian yang paling menarik ialah dapat meluangkan masa bersama keluarga tanpa memikirkan apa-apa masalah. Percutian boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan dengan menyediakan masa untuk berehat, meninggalkan rutin harian anda dan mengalami perkara baharu.Cuti boleh menjadi masa yang baik untuk dihabiskan bersama keluarga atau rakan-rakan. Ini boleh mengeratkan hubungan dan membina kenangan yang berharga.

DAPATKAN JUGA :-

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 

UNIT 1 : SAYANG MENYAYANGI 

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 

HALAMAN 1 & 2

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-6-unit-1-sayang.html


UNIT 1 : FAUZAN ANAK YANG CAKNA 

KEMAHIRAN MEMBACA 

HALAMAN 3

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/panduan-jawapan-bahasa-melayu-tahun-6.html


UNIT 1 : MARI KITA BANTU AYAH 

SENI BAHASA 

HALAMAN 5

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/panduan-jawapan-bahasa-melayu-tahun-6_29.html


UNIT 1 : KAMI BANGGA, TUK AKUB 

ASPEK TATABAHASA 

HALAMAN 6

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/panduan-jawapan-bahasa-melayu-tahun-6_17.html


UNIT 2 : BERCUTI DI TANAH TINGGI 

MENDENGAR DAN BERTUTUR 

HALAMAN 7

https://www.cikgulinnzack.com/2023/04/cadangan-jawapan-bahasa-melayu-tahun-6.html


DAPATKAN JUGA

CADANGAN JAWAPAN 

BAHASA MELAYU TAHUN 4 (buku teks)


UNIT 1 : JIRAN TETANGGA 

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 

HALAMAN 2

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-4-unit-1-jiran.html


UNIT 1 : JIRAN TETANGGA 

KEMAHIRAN MEMBACA 

HALAMAN 3

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-4-unit-1-jiran_27.html


UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA 

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 

HALAMAN 7

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-4-unit-2_27.html


UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA 

KEMAHIRAN MEMBACA 

HALAMAN 8 & 9

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-4-unit-2-jiran.html


UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA 

KEMAHIRAN MENULIS 

HALAMAN 10

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-4-unit-2.html


UNIT 2 : ISTIMEWANYA KITA 

ASPEK SENI BAHASA 

HALAMAN 11

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-4-unit-2_26.html


UNIT 3 : ISTIMEWANYA KITA

SATU UNTUK SEMUA (ASPEK TATABAHASA - KATA GANTI NAMA) 

HALAMAN 17

https://www.cikgulinnzack.com/2023/03/bahasa-melayu-tahun-4-unit-3.html




CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 2 : BERCUTI DI TANAH TINGGI | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 7 #akademiyoutuber

 



1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR AN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan situasi tidak formal.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respon terhadap maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.

AKTIVITI
Pengenalan :
Murid berkongsi pengalaman bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. (PAK 21)

Aktiviti :
Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
Murid membaca dan memahami dialog perbualan dalam situasi 1 dan situasi 2. 
Murid dibimbing mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi. 
Murid dibimbing memberikan respons yang rasional berpandukan maklumat yang diberikan. 
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
Murid diminta mempersembahkan dialog berpandukan situasi 1 dan 2 dalam dialog dan memberikan respons yang rasional berpandukan maklumat. 
Penutup :

Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN BERDASARKAN DIAOLOG





DAPATKAN JUGA :-
CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 

UNIT 1 : SAYANG MENYAYANGI 
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 
HALAMAN 1 & 2

UNIT 1 : FAUZAN ANAK YANG CAKNA 
KEMAHIRAN MEMBACA 
HALAMAN 3

UNIT 1 : MARI KITA BANTU AYAH 
SENI BAHASA 
HALAMAN 5

UNIT 1 : KAMI BANGGA, TUK AKUB 
ASPEK TATABAHASA 
HALAMAN 6

DAPATKAN JUGA
CADANGAN JAWAPAN 
BAHASA MELAYU TAHUN 4 (buku teks)


UNIT 1 : JIRAN TETANGGA 
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 
HALAMAN 2

UNIT 1 : JIRAN TETANGGA 
KEMAHIRAN MEMBACA 
HALAMAN 3

UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA 
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 
HALAMAN 7

UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA 
KEMAHIRAN MEMBACA 
HALAMAN 8 & 9

UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA 
KEMAHIRAN MENULIS 
HALAMAN 10

UNIT 2 : ISTIMEWANYA KITA 
ASPEK SENI BAHASA 
HALAMAN 11

UNIT 3 : ISTIMEWANYA KITA
SATU UNTUK SEMUA (ASPEK TATABAHASA - KATA GANTI NAMA) 
HALAMAN 17

Wednesday, March 29, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 1 : KAMI BANGGA, TUK AKUB | ASPEK TATABAHASA | HALAMAN 6 #akademiyoutuber

 



ASPEK TATABAHASA  

STANDARD KANDUNGAN
5.1     Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. 

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.1    Memahami dan menggunakan pelbagai  kata nama am dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul. 

STANDARD PRESTASI 
Dalam Aspek Tatabahasa, pentaksiran kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca atau Kemahiran Menulis juga boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran . Aspek Tatabahasa masih dilaksanakan dalam bentuk pendekatan modular.  








Membina ayat mengikut konteks.
1. Pak Akob menggunaan dron untuk menyembur racun di ladang.
2. Pak Akub menerima Anugerah Tokoh Peladang Jaya di kampungnya.
3. Irfan akan meyambu harijadinya pada bulan Mei ini di sebuah restoran mewah.
4. Siapakah gadis yang bertudung biru itu?
5. Pak Ngah Zaki tinggal di kampung bersama keluarganya.


CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 1 : MARI KITA BANTU AYAH | SENI BAHASA | HALAMAN 5 #akademiyoutuber

 


STANDARD KANDUNGAN 
4.1     Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1    Menyebut dan memahami seni kata lagu dengan melahirkan imaginasi melalui penghasilan karya sastera.

STANDARD PRESTASI
Dalam Aspek Seni Bahasa, pentaksiran kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca atau Kemahiran Menulis juga boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran Aspek Seni Bahasa masih dilaksanakan dalam bentuk pendekatan modular. 



LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA