KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.1 Menghasilkan puisi dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya secara kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan pantun dan mempersembahkannya.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah serta santun dan mempersembahkannya dengan gaya yang menarik.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid berkongsi pengetahuan tentang penyakit berjangkit.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami maklumat tentang cara mencipta pantun, amalan norma baharu, amalan 3s dan cara membantu ahli keluarga semasa wabak.
3. Murid dibimbing mengenal pasti perkataan yang boleh membentuk maksud pantun. (KBAT)
4. Murid dibimbing menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah serta santun dan mempersembahkannya. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk mengenal pasti perkataan yang boleh membentuk maksud pantun, menghasilkan pantun kemudian mempersembahkannya di hadapan kelas. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Cadangan Jawapan
Hasilkan pantun dan persembahkannya.
Petik palas di tepi paya,
Tangan sakit ubat tak bawa,
Covid-19 amatlah berbahaya,
Penyakit berjangkit meragut nyawa.
Dedalu melata menumpang perumah,
Senang kelihatan senang diperhati,
Jika kita duduk di rumah,
Virus jangkitan boleh dihenti.
Covid-19 tidak berupa,
Membawa maut miskin atau kaya,
Basuh tangan jangan dilupa,
Agar tak terpaut penyakit berbahaya.