KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.3.3 Menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan rangsangan dan mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Menghasilkan seni kata lagu.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menghasilkan lagu dan mempersembahkan dengan gaya yang kreatif.
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran yang lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami info grafik tentang cara penjagaan tangan dengan betul.
3. Murid dipederngarkan lagu. (Scan QR)
4. Murid dibimbing menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. (KBAT)
5. Murid dibimbing mempersembahkan seni kata lagu dengan kreatifnya. (PBD)
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
7. Setiap kumpulan diminta menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan.
8. Setiap kumpulan mempersembahkan seni kata lagu yang dihasilkan dengan gaya yang kreatif. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.
Hasilkan seni kata lagu. Kemudian, persembahkannya dengan gaya yang kreatif.
Cadangan Jawapan
Mari kawan-kawan
Ayuh jaga tangan
Basuh tangan kita
Dengan cara yang betul
Tekap tanagn kita pada tuala
Supaya tanagn kita cepat keing
Jangan lupa kawan,
Sapu krim tangan,
Elak tangan kering,
Kita senang hati.
Jangan lupa kawan,
Jangan guna bahan bahaya,
Bahan antipenuaan,
tidak baik untuk kita.
Elakkan juga bahan guna retinol,
Akibatnya tanagn kita kering,
Jangan lupa kawan,
Sapu vaselin sebelum tidur,
Tangan sihat kita senang hati.
(nada anak itik tok wi)