DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, July 14, 2023

KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) KINTA SELATAN 2023 | SK GOPENG TGB TEMPAT KE-6

KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) KINTA SELATAN 2023 

12 JULAI 2023 (RABU) 

Tahniah Akeef izdihar bINN Arman 5D tempat ke-6

















zzz





TAHNIAH TEAM BOLA SEPAK SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU | TEMPAT KE-3 MSSD BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN

Alhamdulillah..

Tahniah team SK Gopeng Taman Gopeng Baru walaupun sekadar tempat ke-3 ,teruskan latihan untuk musim yang akan datang. Menang atau kalah adat pertandingan. Bukan mudah nak kekalkan prestasi dan pencapaian tangga teratas. Ia persaingan yang sihat. Sekolah-sekolah lain juga masing-masing dengan matlamat yang sama.Jutaan terima kasih buat jurulatih Ustaz Hafiz, Cikgu Aidil Adib dan Cikgu Farhan Arif. Tidak lupa juga buat juga senior coach Radidi Marazi.










BENGKEL ASAS PENGEDITAN VIDEO NILAM PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2023

Sedikit sharing buat rakan2 guru media.Mereka yang hadir bukan calang2 dan ada diantara mereka guru-guru hebat Kinta Selatan. 

Alah bisa tegal biasa. Hari ini bersama dengan mentor edufluencer Perak cikgu Nur Rahayu Ayob walau gugup LinnZack cuba sehabis baik berkongsi apa yg LinnZack tahu. Perkongsian secara bersemuka bukan mudah seperti dalam talian namun ia memberi pengalaman yg bermakna dan secara tidak lgsg mendidik diri agar sentiasa "appreciate" setiap ilmu yg disampaikan.

Maaf dipinta kepada peserta bengkel atas segala kekurangan dan catat cela sepnjg bengkel dan maaf juga andai ada tutur kata ,bicara yg dilafazkan menyinggung situasi dan emosi anda.

Terima kasih Mohd Razif dan team USTP KiS memberi kepercayaan kpd kami berdua.

p/s: dikuasai oleh surface pro 2






















yyy

seramai 61 orang guru Kinta Selatan telah mendapat full akses Canva Education menggunakan kuota team LinnZack .Hanya guru-guru yang menggunakan emel DELIMA sahaja LinnZack akan approve. Peranan mereka juga telah ditukar sebagai teacher.Moga bermanfaat ya 🙂





Tuesday, July 11, 2023

PROGRAM HOUR OF CODE #myMDEC #SayaDigital #mydigitalmaker #GirlsInICT #MYGICT23 #MYGirlsCan #KKD #MalaysiaMadani

Tahniah buat murid-murid SK Gopeng TGB telah mendapat sijil peringkat kebangsaan dan diiktiraf oleh MDEC bagi Program Hour Of Code pada 6 Julai 2023. Tahniah juga buat Panitia RBT SKG TGB atas program yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Sains Komputer , Jabatan Matematik Matrikulasi Perak











Wednesday, July 5, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 9 : BAHAYA TSUNAMI | HALAMAN 66

 



KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN
4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun dalam bentuk persembahan. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mempersembahkan cerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun dengan gaya yang sesuai.


AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami jalan cerita dan dialog tentang filem animasi “Hero Cilik”.
3. Murid dibimbing bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun. (KBAT)
4. Murid dibimbing mempersembahkan cerita dengan bahasa yang santun dan gaya yang menarik. (PBD)
5. Murid menyenaraikan dan mencari maksud peribahasa yang terdapat dalam dialog. 
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
7. Setiap kumpulan membuat persembahan di hadapan kelas dengan bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 9 : CUACA PANAS MELAMPAU | HALAMAN 65

 


KEMAHIRAN BAHASA
3.0 KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN
3.3 Menghasilkan penulisan

STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan dan tanda baca.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan dan tanda baca dengan betul.

AKTIVITI PDPC

Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.

Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami artikel yang bertajuk “Cuaca Panas Melampau”.
3. Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan penggunaan ejaan dan tanda baca dalam bahan bacaan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mengedit dan memurnikan teks. (PBD)
5. Murid menyenaraikan kesalahan penggunaan ejaan dan tanda baca dalam buku latihan. 
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
7. Setiap kumpulan diminta berbincang mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan dan tanda baca berpandukan bahan bacaan.
8. Setiap kumpulan diminta membaca teks yang telah diedit dan dimurnikan di hadapan kelas dengan sebutan yang jelas. (PAK 21)

Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.





LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA