UNIT
24 : Bijak Mengurus Wang
TOPIK
Jimat Cermat Amalan Mulia
KEMAHIRAN BAHASA
4.0 ASPEK SENI BAHASA
STANDARD KANDUNGAN
4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.4.1 Mengenal, mengecam, menyebut, dan menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan jawi dalam kata-kata hikmat dan mempersembahkannya.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengenal, mengecam, menyebut, dan menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya menulis dan mempersembahkan tulisan Jawi yang ditulis dalam kata-kata hikmat dengan kemas dan teratur.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami maksud kata-kata hikmat yang diberikan.
3. Murid dibimbing mengenal, mengecam, menyebut, dan menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata hikmat. (KBAT)
4. Murid dibimbing mempersembahkannya. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.
6. Setiap pasangan diminta menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata hikmat. (PAK 21)
1. Setiap pasangan diminta mempersembahkan tulisan Jawi yang ditulis.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.