TEMA 5 : KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA
UNIT 15 : Estetika Cita Rasa Malaysia
TOPIK: Muzikal Tradisional India
KEMAHIRAN BAHASA
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Asas membaca dan memahami
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Membaca dan merujuk perkataan yang berwarna dalam kamus dan media elektronik.
KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mencari enam makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat dengan menggunakan merujuk kamus serta media elektronik.
AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran.
2. Murid membaca dan memahami dialog tentang persembahan muzikal tradisional India.
3. Murid dibimbing membaca teks dan mengenal pasti perkataan. (KBAT)
4. Murid dibimbing mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat dengan merujuk kamus serta media elektronik. (PBD)
5. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan.
6. Setiap pasangan diminta menyenaraikan dan mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat dengan merujuk kamus serta media elektronik. (PAK 21)
7. Pasangan yang terpilih diminta berkongsi hasil kerja di hadapan kelas dan disemak oleh guru dan rakan sekelas.
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.