RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
- Murid memahami format penulisan berita.
- Muird mendraf idea karangan.
- Murid menghasilkan penulisan berita dan autobiografi.
- Murid bersoal jawab tentang eskalator. )di mana/dilihat/perasaan)
- Murid diperjelaskan format penulisan berita. (Buku Teks ms.59)
- Murid dibimbing mendraf isi satu penulisan berita.
- Murid dalam kumpulan berbincang mendraf isi kedua berita.
- Murid membentangkan tgasan.Guru membuat pemurnian.
- Murid menulis karangan berita dan autobiografi yang lengkap berdasarkan rangkai kata yang diberikan dalam buku tulis.
Keselamatan di Eskalator / Buku Teks m/s 58
Karangan Berita
JOHOR BAHRU ; 15 Ogos - Pasar Raya Hemat telah melancarkan Kempen Keselamatan di Eskalator
pada pagi tadi. Kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya penggunaan
eskalator secara selamat. Kempen ini dirasmikan oleh Encik Abdul Karim bin Ishak, Ketua Balai, Balai
Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.
Beliau menasihati pengguna supaya sentiasa berhati-hati. Menurut beliau, eskalator ini
merupakan tangga bergerak yang diperbuat daripada besi. Eskalator juga mempunyai motor dan
rantai. Eskalator merupakan kemudahan awam untuk keselesaan pergerakan.
Pengguna mestilah sentiasa mematuhi panduan penggunaan eskalator. Pengguna juga hendaklah
mematuhi garisan sempadan tangga semasa menggunakannya.Gunalah eskalator dengan betul tanpa
merosakkannya.
Beliau juga mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab pemilik eskalator agar
menyenggarakannya mengikut jadual. Jurutera yang bertauliah hendaklah memastikan tiada anak
tangga yang rosak dan suis kecemasan berfungsi dengan baiknya.
Akhir sekali, beliau menaruh harapan agar pengguna sentiasa menghargai kemudahan awam
yang disediakan dengan menggunakannya secara berhemah.
Aku sebuah Eskalator / Buku Teks m/s 59
Karangan Imaginatif
Aku ialah sebuah eskalator. Aku diperbuat daripada besi. Diriku bermotor dan berantai bagi
menggerakkan badanku. Aku boleh bergerak dari aras ke aras. Diriku memudahkan pengguna
terutama warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak.
Aku dilengkapi alat keselamatan supaya pengguna sentiasa selamat menggunakan aku.
Di badan aku, ada suis kecemasan yang akan digunakan apabila berlaku kecemasan ketika
pengguna menggunakan aku. Di badan aku juga, mempunyai pengesan automatik. Alat ini
digunakan bagi mengesan kemalangan atau kerosakan pada diriku. Di tepi badan aku, ditampal
pula maklumat keselamatan untuk panduan pengguna.
Adalah menjadi tanggungjawab pengguna supaya aku sentiasa selamat digunakan. Selain itu,
pengguna juga mestilah sentiasa mematuhi panduan penggunaan aku. Gunalah diriku dengan
berhemah dan tidak merosakkannya. Jika aku rosak, aku tidaklah dapat membnatu pengguna
bergerak dar aras ke aras.
Selain itu, tuan aku juga mestilah bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatanku.
Diriku mestilah selalu disenggara secara berkala. Hal ini untuk memastikan tiada kompenan diriku
yang rosak. Selain itu, tuanku juga mestilah memastikan suis kecemasanku dapat berfungsi
dengan baiknya.
Aku amat gembira kerana dapat berbakti kepada orang ramai. Aku berharap agar dapat
terus berkhidmat kepada masyarakat dan pengguna dapat menghargai diriku.