DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : JANGAN PANDANGAN RINGAN | MEMBACA| HALAMAN 64 & 65



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : JANGAN PANDANGAN RINGAN


Standard Kandungan : 
2.3 Membaca dan mengapreasi pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera.


Standard Pembelajaran:
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.


Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dua perenggan teks cerpen dan lima rangkap gurindam dengan sebutan dan gaya penyampaian yang sesuai.


Kriteria Kejayaan:
1. Murid membaca kuat dua perenggan cerpen dengan intonasi yang sesuai.
2. Murid melagukan lima rangkap gurindam dengan baik.

Aktiviti
1. Murid menulis tentang ciri keselamtan yang ada dalam kereta keluarga mereka pada peta bulatan.
2. Murid membaca teks secara pasangan. Seorang baca dan seorang semak bacaan rakan. ( Buku Teks ms.64)
3. Murid dibimbing membaca teks dengan gaya penyamnpaian yang sesuai. Setipa murid membaca kuat dua atau tiga perenggan teks.
4. Murid diperdengar audio melagukan gurindam dalam teks. (Imbas QR dalam teks)
5. Murid dibimbing melagukan gurindam dengan betul.
Murid secara berpasangan melagukan gurindam dalam pelbagai gaya penyampaian.
Murid menyenaraikan barangan kit kecemasan pada peta buih dalam buku tulis.


CADANGAN JAWAPAN

1. Kit kecemasan kenderaan perlu ada di dalam sesebuah kenderaan untuk membantu pemandu sekiranya berlaku sesuatu kecemasan ketika dalam perjalanan.

2. Tindakan yang dilakukan oleh Encik Razali ketika menolong mangsa kemalangan ialah dengan menggunakan jek untuk mengeluarkan motosikal dari bawah kereta. Selain itu, Encik Razali juga memakai jaket pantulan cahaya dan meletakkan segi tiga keselamatandi bahagian belakang kereta.

3. 12 barang – payung / perkakas pelbagai guna / segi tiga keselamatan / kabel pelompat /tayar simpanan dan alat penukar tayar / air / pemadam api kecil /jaket keselamatan pantulan cahaya / pengecas telefon bimbit / lampu suluhdan bateri tambahan / peti pertolongan cemas / tukul keselamatan pelbagai guna

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : USAH PANIK | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 63

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : USAH PANIK


Standard Kandungan : 

1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Standard Pembelajaran:

1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dua tau tiga berkaitan gambar dengan sebutan dan intonasi yang sesuuai.


Kriteria Kejayaan:

1. Murid memahami teknik bercerita.

2. bercerita tentang dua atau tiga gambar secara berpasangan.


Aktiviti

1. Murid bersoal jawab tentang pengalaman menggunakan lif. (Di mana/tujuan/bagaimana guna)

2. Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dam teks. (Buku Teks. ms63)

3. Murid dibimbing bercerita dengan intonasi dan gaya yang sesuai.

4. Murid secara berpasangan berbincang untuk mengayakan cerita.

5. Murid bersama pasangan bercerita. Seorang murid bercerita untuk dua atau tiga gambar. Guru merakam persembahan murid.

6. Guru memainkan semula rakaman. Murid memberikan pandangan tentang persembahan rakan mereka.

7. Dua pencerita terbaik diminta bercerita semula di hadapan kelas.

CADANGAN JAWAPAN

Afifi mengikuti Encik Nazri ke Wisma Kencana. Encik Nazri ingin berjumpa dengan rakannya di 

aras 14. Mereka memasuki lif lalu menekan butang lif untuk ke tingkat 14. Apabila lif tiba di 

tingkat 14, pintu lif itu tidak terbuka. Encik Nazri teringat akan larangan yang terdapat dalam 

poster di pintu masuk lif tadi.

        Encik Nazri menekan butang kecemasan lalu menghubungi bilik kawalan. Beliau 

mengingatkan orang-orang yang terperangkap di dalam lif itu agar tidak panik. Beliau juga meminta 

mereka duduk dengan tenangnya.

        Tidak lama kemudian, pintu lif itu berjaya dibuka oleh anggota bomba dan penyelamat.

Akhirnya, mereka berjaya keluar dari lif dengan selamatnya.

        Anggota bomba dan penyelamat mengucapkan terima kasih kepada Encik Nazri 

kerana telah bertindak bijak. Encik Nazri pula memuji anggota bomba dan penyelamat yang

bertugas penuh dedikasi. Beliau sungguh bangga dengan sikap mereka.

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : WASPADA ARUS KARAU | TATABAHASA | HALAMAN 62

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : WASPADA ARUS KARAU

Standard Kandungan : 
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut kontenks.

Standard Pembelajaran:
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks.
    iii. kata bantu

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh
i . melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.
ii. menulis lima ayat menggunakan kata penguat dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami penggunaan kata penguat.
  2. Murid melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.
  3. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang pantai yang mereka pergi. (suasana/keadaan pantai/perasaan)
  2. Murid diperjelaskan tentang kata bantu dan penggunaannya.
  3. Murid dalam kumpulan bertiga membaca dialog dalam teks.(Buku Teks ms.62)
  4. Murid dalam kumpulan mengenal pasti kata bantu dalam dialog dan menyenaraikan mengikut jenis kata bantu aspek atau kata bantu ragam pada peta pokok.
  5. Murid mempamerkan tugasan.
  6. Murid dalam kumpulan berbincang membina tiga ayat menggunakan kata bantu berdasarkan gambar pertama dan membentangkannya.
  7. Murid membina enam ayat menggunakan kata bant diberi berdasarkan gambar dua dan tiga.

CADANGAN JAWAPAN

Ayah :   Ya , Afifi, Azrul. Kamu bukan sahaja perlu tahu berenang, kamu juga harus mendengar taklimat              keselamatan semasa berenang. Dalam taklimat tersebut, kamu dapat belajar tentang teknik                     berenang dengan betulnya. Apabila sudah cekap, barulah kamu boleh berenang dengan                         selamatnya. Sewaktu berenang, kamu mesti dipantau oleh pengawal pantai. Mungkin sesuatu                 kejadian yang tidak diingini berlaku, pengawal tersebut boleh membantu. Akhir sekali, kamu                 patut peka akan situasi di laut. Pernah terjadi arus karau dan masih berbahaya kepada orang                     ramai.
klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : WASPADA MEMANDU | TATABAHASA | HALAMAN 61

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : WASPADA MEMANDU

Standard Kandungan : 

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.


Standard Pembelajaran:

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks.

    ii. kata pengat


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh :

i . melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.

ii. menulis lima ayat menggunakan kata penguat dengan betul.


Kriteria Kejayaan:

1. Murid memahami penggunaan kata penguat.

2. Murid melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.

3. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat.


Aktiviti

1. Murid bersoal jawab tentang pentingnya berwaspada semasa memandu kenderaan.

2. Murid diperjelaskan tentang kata penguat dan penggunaannya.

3. Murid membaca perenggan satu dan dua teks "Waspada Memandu" dan mengenal pasti penggunaan kata penguat. (Buku Teks ms.61)

44. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan perenggan tiga teks dengan kata penguat yang betul.

5. Murid membaca teks yang telah dilengkapkan.

6. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat yang diberi.

7. Murid menyatakan pengajaran diperoleh daripada teks.

CADANGAN JAWAPAN

Encik Nazri memandu tidak terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Beliau agak bimbang

jika pemandu tersebut membrek secara mengejut , beliau tidak sempat untuk membrek kerana jalan

licin sangat . Afifi risau sungguh . Cuaca pula makin gelap.Pelihatan Encik Nazri kurang jelas kerana

kabus amat tebal. Afifi meminta ayahnya memasang lampu kecemasan. Ayahnya memberitahu

bahawa lampu tersebut hanya digunakan semasa kecemasan. Encik Nazri berhenti di hentian rehat

dan rawat bagi mengelakkan kemalangan. Beliau letih benar . Beliau memakai baju sejuk kerana

suasana sejuk betul.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : AWASI GERAK-GERIMU | SENI BAHASA | HALAMAN 60

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : AWAS GERAK-GERIMU

Standard Kandungan : 
4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi.

Standard Pembelajaran:
4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui perumpamaan.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis satu perumpamaan dalam seni tulis jawi khat secara kreatif dan menarik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami maksud perumpamaan bagai aur dengan tebing.
  2. Murid menulis dan menekap huruf jawi menggunakan kertas surih.
  3. Murid menulis perumpamaan menggunakan seni tulis jawi.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan maksud perumpamaan "bagai aur dengan tebing".
  2. Murid secara berpasangan melakonkan dialog dalam bahan. (Buku Teks ms.60)
  3. Murid mengenal, mengecam dan menyebut huruf jawi melalui perumpamaan dalam teks.
  4. Murid menulis huruf jawi berkaitan perumpamaan dengan menekapnya menggunakan kertas surih.
  5. Murid menulis huruf menggunakan keindahan seni tulis jawi pada kertas A.
  6. Murid mempamerkan hasil di atas meja masing-masing.Murid-murid membuat jelajah galeri melihat hasil tgasan rakan-rakan mereka.
  7. Beberapa hasil tulisan terbaik dipaparkan pada papan tulis.


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : UTAMAKAN KESELAMATAN | MENULIS | HALAMAN 58 & 59

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK :  UTAMAKAN KESELAMATAN

Standard Kandungan : 
3.3 Menghasilkan penulisan.

Standard Pembelajaran:
3.3.1 Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis karangan berita dan autobiografi menggunakan idea diberi dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami format penulisan berita.
  2. Muird mendraf idea karangan.
  3. Murid menghasilkan penulisan berita dan autobiografi.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang eskalator. )di mana/dilihat/perasaan)
  2. Murid diperjelaskan format penulisan berita. (Buku Teks ms.59)
  3. Murid dibimbing mendraf isi satu penulisan berita.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mendraf isi kedua berita.
  5. Murid membentangkan tgasan.Guru membuat pemurnian.
  6. Murid menulis karangan berita dan autobiografi yang lengkap berdasarkan rangkai kata yang diberikan dalam buku tulis.

CADANGAN JAWAPAN

Draf ;
Isi 1 
- Beliau menasihati pengguna supaya sentiasa berhati-hati. Menurut beliau, 
eskalator ini merupakan tangga bergerak yang diperbuat daripada besi. Eskalator
juga mempunyai motor dan rantai. Eskalator merupakan kemudahan awam untuk
keselesaan pergerakan.

Isi 2 
- Pengguna mestilah sentiasa mematuhi panduan penggunaan eskalator. Pengguna 
juga hendaklah mematuhi garisan sempadan tangga semasa menggunakannya.
Gunalah eskalator dengan betul tanpa merosakkannya.

Isi 3 
- Beliau juga mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab pemilik eskalator agar 
menyenggarakannya mengikut jadual. Jurutera yang bertauliah hendaklah 
memastikan tiada anak tangga yang rosak dan suis kecemasan berfungsi dengan
baiknya.

Penutup 
- Akhir sekali, beliau menaruh harapan agar pengguna sentiasa menghargai 
kemudahan awam yang disediakan dengan menggunakannya secara berhemah.

Keselamatan di Eskalator / Buku Teks m/s 58 

Karangan Berita

JOHOR BAHRU ; 15 Ogos - Pasar Raya Hemat telah melancarkan Kempen Keselamatan di Eskalator

pada pagi tadi. Kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya penggunaan

eskalator secara selamat. Kempen ini dirasmikan oleh Encik Abdul Karim bin Ishak, Ketua Balai, Balai

Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

        Beliau menasihati pengguna supaya sentiasa berhati-hati. Menurut beliau, eskalator ini

merupakan tangga bergerak yang diperbuat daripada besi. Eskalator juga mempunyai motor dan

rantai. Eskalator merupakan kemudahan awam untuk keselesaan pergerakan.

Pengguna mestilah sentiasa mematuhi panduan penggunaan eskalator. Pengguna juga hendaklah

mematuhi garisan sempadan tangga semasa menggunakannya.Gunalah eskalator dengan betul tanpa

merosakkannya.

            Beliau juga mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab pemilik eskalator agar

menyenggarakannya mengikut jadual. Jurutera yang bertauliah hendaklah memastikan tiada anak

tangga yang rosak dan suis kecemasan berfungsi dengan baiknya.

        Akhir sekali, beliau menaruh harapan agar pengguna sentiasa menghargai kemudahan awam

yang disediakan dengan menggunakannya secara berhemah.


Aku sebuah Eskalator / Buku Teks m/s 59 

Karangan Imaginatif

Aku ialah sebuah eskalator. Aku diperbuat daripada besi. Diriku bermotor dan berantai bagi 

menggerakkan badanku. Aku boleh bergerak dari aras ke aras. Diriku memudahkan pengguna

terutama warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak.

        Aku dilengkapi alat keselamatan supaya pengguna sentiasa selamat menggunakan aku.

Di badan aku, ada suis kecemasan yang akan digunakan apabila berlaku kecemasan ketika 

pengguna menggunakan aku. Di badan aku juga, mempunyai pengesan automatik. Alat ini 

digunakan bagi mengesan kemalangan atau kerosakan pada diriku. Di tepi badan aku, ditampal 

pula maklumat keselamatan untuk panduan pengguna.

        Adalah menjadi tanggungjawab pengguna supaya aku sentiasa selamat digunakan. Selain itu,

pengguna juga mestilah sentiasa mematuhi panduan penggunaan aku. Gunalah diriku dengan 

berhemah dan tidak merosakkannya. Jika aku rosak, aku tidaklah dapat membnatu pengguna 

bergerak dar aras ke aras.

        Selain itu, tuan aku juga mestilah bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatanku.

Diriku mestilah selalu disenggara secara berkala. Hal ini untuk memastikan tiada kompenan diriku 

yang rosak. Selain itu, tuanku juga mestilah memastikan suis kecemasanku dapat berfungsi 

dengan baiknya.

        Aku amat gembira kerana dapat berbakti kepada orang ramai. Aku berharap agar dapat 

terus berkhidmat kepada masyarakat dan pengguna dapat menghargai diriku.



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 :WASPADA GERAKMU | MEMBACA | HALAMAN 56

 



TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : WASPADA GERAKMU

Standard Kandungan : 
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.

Standard Pembelajaran:
2.3.1 Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bkan kastera untuk membuat rumusan.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dengan intonasi yang sesuai dan membuat satu rumusan berkaitan kandungan teks dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca kuat teks dengan baik.
  2. Muird dapat menjawab soalan berkaitan slaid.
  3. Murid membina dan melengkapkan peta pokok.
  4. Murid membuat satu rumusan tentang kandungan teks.
Aktiviti
  1. Murid mencatat jenis-jenis jenayah yang sering berlaku pada peta bulatan di papan tulis.
  2. Murid membaca senyap teks. (Buku Teks ms.56)
  3. Murid mnembaca kuat teks. Seorang murid akan membaca slaid.
  4. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan slaid.
  5. Murid dalam kumplan berbincang untuk melakonkan drama dalam bahan.
  6. Murid dalam kumpulan melengkapkan peta pokok dan membat rumusan berkaitan jenayah ragut.
  7. Murid mempamerkan tugasan. Guru membuat pemurnian.
CADANGAN JAWAPAN 




CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 7 :KELUAR DENGAN TENANGNYA | TATABAHASA | HALAMAN 54

 

TEMA : KESELAMATAN

TOPIK : KELUAR DENGAN TENANGNYA

Standard Kandungan :

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks.

    i. kata pemeri

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh melengkapkan enam tempat kosong dalam teks dengan kata pemeri yang betul.

Kriteria Kejayaan:

  • Murid memahami penggunaan kata pemeri
  • Muird mengenal pasti penggunaan kata pemeri dalam ayat sama ada betl atau salah.
  • Murid melengkapkan teks dengan kata pemeri.

Aktiviti

  • Murid menyatakan langkah keselamatan sekiranya hendak pergi bercuti.
  • Murid diperjelaskan tentang kata pemeri dan penggunaannya.
  • Murid membaca panduan keselamatan pertama dalam teks dan mengenal pasti penggnaan kata pemeri. (Buku Teks ms.54)
  • Permainan. Setiap kumpulan diberikan sepuluh ayat yang mengandungi kata pemeri.Ahli kumpulan meneliti ayat diberi. Guru membaca ayat yang ada pada kumpuulan.Murid diminta menyatakan penggunaan kata pemeri dalam ayat itu betul. Murid mengangkat warna hijau jika betul dan warna jika salah.
  • Murid menulis teks panduan keselamatan dalam teks dan melengkapkan ayat dengan menggunakan kata pemeri yang betul.
  • Secara rawak murid dimunta membacakan teks yang telah dilengkapkan.
yyy

CADANGAN JAWAPAN

GAMBAR 2:

Si Kelabu dan Si Putih ialah arnab peliharaan Afifi. Dia menghantar haiwan peliharaannya ke Pusat Jagaan Haiwan. Pusat ini menawarkan penjagaan eksklusif bagi haiwan peliharaan melalui konsep hotel. Perkhidmatan ini adalah mudah bagi orang yang mementingkan keselamatan haiwan peliharaan semasa bercuti

GAMBAR 3

Encik Nazri memasang suis pemasa automatik. Pemasa automatik ialah alat untuk mengawal dan  menetapkan tempoh lampu menyala. Pemasa automatik adalah penting sebagai alat keselamatan ketika penghuni tiada di rumah pada waktu malam.

GAMBAR 4

Encik Nazri juga melaporkan ketiadaan beliau sekeluarga di rumah kepada Encik Azlan. Encik Azlan ialah anggota polis. Encik Nazri memberikan alamat rumah kepada beliau. Maklumat ini adalah untuk memudahkan pihak polis membuat rondaan bagi mengekang pencerobohan.


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 7 :PEKA PERSEKITARAN | TATABAHASA | HALAMAN 53


TEMA : KESELAMATAN

TOPIK : PEKA PERSEKITARAN

Standard Kandungan :

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:

5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh sekurang-kurang tujuh daripada sembilan ayat menggunakan kata adjektif bentuk, cara dan pancaindera dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  • Murid memahami kata adjektif bentuk, cara dan pancaindera.
  • Murid mengenal pasyi kata adjektif bentuk, cara dan pancaindera.
  • Muird membina sembilan ayat menggunakan kata adjektif bentuk, cara dan pancaindera.

Aktiviti

  • Murid menyatakan tanda-tanda arahan yang terdapat di sekolah. Kaitkan dengan bahan pembelajaran iaitu sentiasa mengikut arahan yang diberikan.
  • Murid dijelaskan tentang kata adjektif bentuk, cara dan pancaindera.
  • Murid membaca kuat catatan dalam bahan. (Buku Teks ms. 53)
  • Murid dalam kumpulan mengenal pasti kata adjektif yang terdapat dalam catatan dan mengelaskan mengikut jenis kata adjektif bentuk, cara dan pancaindera dalam peta pokok.
  • Murid membina ayat menggunakan kata adjektif bentuk, cara dan pandaindera berdasarkan gambar dan frasa dalam teks.
  • Murid menyatakan jenis kata adjektif berdasarkan perkataan yang ditunjukkan oleh guru.



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 7 : SIAP SIAGA SEBELUM TIDUR | MENULIS | HALAMAN 50 & 51

 


CADANGAN JAWAPAN

Draf
Isi 1 - 
Ibu kunci pintu pagar. Azrul dan Afifi pula memeriksa serta mengunci semua tingkap dan
jeriji boleh laras. Mereka pastikan semua telah berkunci untuk elakkan dimasuki penceroboh.

Isi 2 - 
Azrul dan Afifi masuk ke dalam bilik. Mereka melayari media sosial. Ibu mengingatkan 
mereka akan pesanan ayah melarang mereka berkongsi maklumat ketiadaan
ibu bapa dan status lokasi di dalam media sosial. Ini boleh mengundang penceroboh.

Isi 3 - 
Afifi terpandang telefon. Afifi teringat ayahnya berpesan agar tidak tidur bersama 
telefon yang dicas. Afifi mencabut palam pengecas telefon dan meletakkannya 
di atas almari. Telefon yang dicas berlebihan boleh menyebabkan telefon 
meletup dan terbakar.

Penutup - 
Ibu memuji Azrul dan Afifi kerana mengambil tindakan yang bijak serta mematuhi 
arahan keselamatan yang diajar oleh ayah mereka. Kini Azrul dan Azizi
boleh tidur dengan tenang dan selamat.

Jam menunjukkan 8.00 malam. Ibu kunci pintu pagar. Manakala Azrul dan
Afifi pula memeriksa dan mengunci semua tingkap dan jeriji boleh laras. Mereka 
pastikan semua telah berkunci untuk elakkan dimasuki penceroboh.
         

            Azrul dan Afifi masuk ke dalam bilik. Sebelum tidur mereka melayari media 
sosial. Pada awalnya, mereka ingin berkongsi maklumat di media sosial tentang 
ketiadaan bapa mereka di rumah tetapi ibu telah mengingatkan mereka akan pesanan 
ayah. Ayah melarang mereka berkongsi maklumat ketiadaan ibu bapa dan status lokasi.
Perbuatan ini boleh mengundang penceroboh.
         

            Ketika Afifi hendak mematikan suis lampu, dia terpandang telefonnya yang sedang
dicas. Afifi teringat, ayahnya juga berpesan agar tidak tidur bersama telefon yang dicas. 
Oleh itu, Afifi telah mencabut palam pengecas telefon dan meletakkannya di atas almari 
kerana telefon yang dicas berlebihan boleh menyebabkan telefon meletup dan terbakar.
         

            Ibu tersenyum dan memuji Azrul dan Afifi kerana mengambil tindakan yang bijak.
Mereka juga mematuhi arahan keselamatan yang diajar oleh ayah mereka. Kini, Azrul 
dan Afifi boleh tidur dengan tenang dan selamat.


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 7 : KESELAMATAN MAKANAN KETIKA BANJIR | MEMBACA | HALAMAN 49

 








CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 7 : CAKNA AKAN WARGA EMAS | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 48

 



CADANGAN JAWAPAN


Friday, February 16, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 6 : TIDUR SEJENAK | TATABAHASA | HALAMAN 43

 







CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 6 : UDARA BERSIH, HIDUP SIHAT | SENI BAHASA | HALAMAN 42

 







CADANGAN JAWAPAN

Mari kawan marilah semua 
Bersama-sama amalkan hidup sihat

Jaga diri sentiasalah bersenam
Minda dan badan kita kekal sihat

Makanan seimbang hidupku sihat 
Hidup gembira bebas sengsara

Khasiat makanan cergaskan badan 
Hidupku sihat , aktif dan produktif

Mari teman marilah kita
Sentiasa amalkan hidup sihat





CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 6 : KESIHATAN MENTAL | MENULIS | HALAMAN 40 & 41

 






CONTOH JAWAPAN

Draf :
Isi 2 - Kesihatan mental yang baik dapat mengekalkan hidup harmoni. Kita juga dapat
menyumabngkan tenaga dalam aktiviti masyarakat.

Isi 3 - Gangguan kesihatan mental disebabkan oleh masalah keluarga, tekanan hidup 
dan masalah kewangan.

Isi 4 - Langkah-langkah menjaga kesihatan mental adalah mengamalkan pemakanan
seimbang dan sihat. Sentiasa bersenam dan menerima cabaran dengan 
minda terbuka.

Penutup – Kesihatan mental yang baik menjadikan hidup kita cergas dan sihat

Menulis Karangan :

Isi 2
Kesihatan mental amat perlu dijaga. Kesihatan mental yang baik kan menghasilkan kualiti hidup yang
baik. Seseorang itu mampu mengekalkan kehidupan yang harmoni dengan menyumbangkan tenaga 
dan menyertai aktiviti masyarakat yang dijalankan.

Isi 3
Gangguan kesihatan mental boleh terjadi disebabkan oleh beberapa factor. Antaranya
termasuklah masalah keluarga, tekanan hidup dan masalah kewangan.

Isi 4
Namun demikian, gangguan mental boleh diatasi dengan cara mengamalkan pemakanan
yang seimbang dan sihat. Seterusnya, kita mestilah melakukan senaman dan sentiasa 
menerima cabaran dengan minda terbuka.

Penutup
Kesimpulannya, kesihatan mental yang baik akan menghasilkan hidup yang cergas dan sihat.





LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA