RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : KESELAMATAN
TOPIK : USAH PANIK
Standard Kandungan :
1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran:
1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dua tau tiga berkaitan gambar dengan sebutan dan intonasi yang sesuuai.
Kriteria Kejayaan:
1. Murid memahami teknik bercerita.
2. bercerita tentang dua atau tiga gambar secara berpasangan.
Aktiviti
1. Murid bersoal jawab tentang pengalaman menggunakan lif. (Di mana/tujuan/bagaimana guna)
2. Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dam teks. (Buku Teks. ms63)
3. Murid dibimbing bercerita dengan intonasi dan gaya yang sesuai.
4. Murid secara berpasangan berbincang untuk mengayakan cerita.
5. Murid bersama pasangan bercerita. Seorang murid bercerita untuk dua atau tiga gambar. Guru merakam persembahan murid.
6. Guru memainkan semula rakaman. Murid memberikan pandangan tentang persembahan rakan mereka.
7. Dua pencerita terbaik diminta bercerita semula di hadapan kelas.
CADANGAN JAWAPAN
Afifi mengikuti Encik Nazri ke Wisma Kencana. Encik Nazri ingin berjumpa dengan rakannya di
aras 14. Mereka memasuki lif lalu menekan butang lif untuk ke tingkat 14. Apabila lif tiba di
tingkat 14, pintu lif itu tidak terbuka. Encik Nazri teringat akan larangan yang terdapat dalam
poster di pintu masuk lif tadi.
Encik Nazri menekan butang kecemasan lalu menghubungi bilik kawalan. Beliau
mengingatkan orang-orang yang terperangkap di dalam lif itu agar tidak panik. Beliau juga meminta
mereka duduk dengan tenangnya.
Tidak lama kemudian, pintu lif itu berjaya dibuka oleh anggota bomba dan penyelamat.
Akhirnya, mereka berjaya keluar dari lif dengan selamatnya.
Anggota bomba dan penyelamat mengucapkan terima kasih kepada Encik Nazri
kerana telah bertindak bijak. Encik Nazri pula memuji anggota bomba dan penyelamat yang
bertugas penuh dedikasi. Beliau sungguh bangga dengan sikap mereka.
klik gambar untuk maklumat lanjut