DROPDOWN MENU

SLIDER



Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 26 : SAHABAT INSPIRASIKU | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 197

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : SAHABAT INSPIRASIKU


STANDARD KANDUNGAN :

1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.


STANDARD PEMBELAJARAN:

1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita tentang bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid memahami bahan yang hendak diceritakan.

ii. murid bercerita tiga perkara tentang bahan

AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang sahabat yang menjadi idola mereka.

2. Murid meneliti gambar dan membaca senyap teks. (Buku Teks ms. 197)

3. Murid membaca kuat teks.

4. Bersoal jawab untuk menguatkan kefahaman murid tentang perkara yang dibaca.

5. Murid secara berpasangan diberi masa untuk latihan bercerita berdasarkan teks dan gambar yang terdapat dalam bahan.

6. Murid bersama pasangan melakonkan dialog untuk bercerita tentang maklumat yang dilihat. Murid lain menilai persembahan rakan mereka dengan memberikan bintang

7. Murid mencatat dalam peta bulatan tentang ciri-ciri sahabat yang menjadi inspirasi mereka.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untuk maklumat lanjut

Wednesday, February 28, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 27 : PENTERNAK BERINTEGRITI | MENULIS | HALAMAN 205

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : PENTERNAK BERINTEGRITI 



STANDARD KANDUNGAN :

3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.



STANDARD PEMBELAJARAN:

3.2.4 Menulis teks prosa yang diimlakkan.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengimlak empat daripada enam perenggan teks prosa yang dibaca oleh guru tanpa kesalahan.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid membaca dua kali perenggan teks.

ii. murid mengeja perkataan sukar dalam teks.

iii. murid mengimlak empat teks prosa tanpa kesalahan.


AKTIVITI

1. Murid menyatakan bidang yang ingin diceburi apabila dewasa.

2. Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 205.

3. Murid membaca kuat mengikut kumpulan masing-masing.

4. Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan sukar dalam petikan. (Guru pilih perkataan sukar eja.)

5. Murid mengimlak teks prosa yang dibaca oleh guru.

6. Murid secara pasangan menyemak teks yang diimlak dengan merujuk teks.

7. Murid membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan menyalin semula perenggan yang terdapat kesalahan.

8. Bersoal jawab tentang pengajaran yang diperoleh daripada teks.

KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 27 : PERPUSTAKAAN HAK BERSAMA | MEMBACA | HALAMAN 204

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : PERPUSTAKAAN HAK BERSAMA


STANDARD KANDUNGAN :

2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia.


STANDARD PEMBELAJARAN:

2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat dialog dengan intonasi yamg sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka dengan alasan yang munasabah.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid membaca kuat dan memahami teks.

ii. murid membuat pertimbangan dengan membuat perbandingan.

iii. murid membuat keputusan pilihan mereka dengan alasan.

AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang jumlah buku yang dibaca di perpustakaan.

2. Murid membaca senyap dan meneliti perbualan secara tweet dalam bahan .( Buku Teks ms 204)

3. Murid dipilih secara rawak membaca kuat perbualan dalam bahan.

4. Murid dalam kumpulan membuat perbandingan kebaikan belajar di perppustakaan dengan di rumah dalam peta pokok.

5. Murid membuat pembentangan.

6. Murid diminta membuat keputusan. Yang memilih belajar di perpustakaan berada di sebelah kanan guru dan yang memilih belajar di rumah di sebelah kiri guru.

7. Murid memberi alasan atas pilihan mereka dengan menyatakan alasan.


CADANGAN JAWAPAN

Jason Jamily : Terima kasih , kawan-kawan atas pandangan yang telah diberikan. Setelah membuat pertimbangan, saya mengambil keputusan untuk terus membuat ulang kaji di perpustakaan kerana di sini banyak bahan rujukan yang boleh saya baca.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 27 : KEDAI JUJUR | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 203

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : KEDAI JUJUR


STANDARD KANDUNGAN :

1.2 Bertuutr untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.


STANDARD PEMBELAJARAN:

1.2.3 Bersoal jawab untk menjana idea tentang sesuatu perkara.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bersoal jawab sekurang-kurangnya satu soalan dan memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara dengan baik.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. murid memahami maksud kedai jujur.

ii. murid menjawab soalan yang diajukan.

iii. murid bersoal jawab dalam dialog untuk memberi penjelasan.

AKTIVITI

1. Murid mencatat sifat baik yang perlu ada dalam diri kita pada peta buih di papan tulis.

2. Murid membaca dan meneliti panduan jual beli di kedai jujur. (Buku Teks ms 203)

3. Murid secara rawak diminta membaca penyataan dalam poster tersebut.

4. Murid bersoal jawab untuk berkaitan kedai jujur untuk memberi pemahaman yang lebih jelas.

5. Murid secara pasangan berbincang melengkapkan dialog dalam bahan.

6. Murid dan pasangan membuat simulasi dialog yang terdapat dalam teks.

7. Murid menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada bahan.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 27 : PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN | TATABAHASA | HALAMAN 206

 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

TEMA : INTEGRITI

TOPIK : PEMBELAJARAN YANG MENYERONOKKAN


STANDARD KANDUNGAN :

5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.


STANDARD PEMBELAJARAN:

5.3.4 Memahami dan membina ayat susunan biasa dan susunan songsang mengikut konteks.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid boleh :

i. membina empat ayat songsang dengan betul.

ii. membina empat ayat suusunan songsang biasa dengan betul.


KRITERIA KEJAYAAN:

i. memahami ayat susunan biasa dan ayat songsang.

ii. membina empat ayat susunan songsang

iii. membina empat ayat susunan songsang biasa.

AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang peraturan ketika berada dalam makmal komputerr.

2. Murid diberi penjelasan tentang ayat suusunan biasa dan ayat songsang.

3. Murid membaca teks ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang dalam bahan. (Buku Teks m.s 206).

4. Murid dibimbing membina ayat susunan biasa dan ayat susnan songsang.

5. Murid dalam kumpulan berbincang menukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang berdasarkan teks dalam bahan.

6. Murid membuat pembentangan. Guru buat pemurnian.

7. Murid menukar ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa berdasarkan teks dalam bahan.


klik gambar ntuk maklumat lanjut

PUISI | BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5

 UNIT 2 : PASUKAN KOMPANG | SENI BAHASA | HALAMAN 10

klik video di atas untuk menonton

UNIT 3 : SENI PERTAHANAN DIRI | SENI BAHASA | HALAMAN 17

klik video di atas untuk menonton

SAYANGI MATA KITA | SENI BAHASA | HALAMAN 28

klik video di atas untuk menonton

UNIT 6 : UDARA BERSIH, HIDUP SIHAT | SENI BAHASA | HALAMAN 42

klik video di atas untuk menonton


UNIT 12 : SILANG BUDAYA | SENI BAHASA | HALAMAN 91

klik video di atas untuk menonton

UNIT 15 : SAYANGI WARGA EMAS | MEMBACA| HALAMAN 111

klik video di atas untuk menonton

UNIT 25 : INTEGRITI | MEMBACA | HALAMAN 189

klik video di atas untuk menonton

UNIT 24 : HEMAT BERBELANJA | SENI BAHASA | HALAMAN 182

klik video di atas untuk menonton


UNIT 22 : SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN | SENI BAHASA | HALAMAN 171

klik video di atas untuk menonton


UNIT 21 : SELAMATKAN BUMI KITA | PENILAIAN | HALAMAN 166

klik video di atas untuk menonton

UNIT 21 : TENAGA ALTERNATIF | SENI BAHASA | HALAMAN 161

klik video di atas untuk menonton



CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 11 : MERIAHNYA PERAYAAN | SENI BAHASA | HALAMAN 85

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : MERIAHNYA PERAYAAN


Standard Kandungan : 

5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.


Standard Pembelajaran:

5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.

    iii. kata berimbuhan apitan


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh ;

i. melengkapkan lapan kata berimbuhan apitan dalam teks dengan betul.

i. menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan dengan betul.


Kriteria Kejayaan:

Murid memberikan 10 kata berimbuhan apitan.

Murid melengkapkan teks dengan kata berimbuhan apitan.

Murid menulis lima ayat lengkap menggunakan kata berimbuhan apitan.


Aktiviti

Murid bersoal jawab tentang cara mengeratkan persahabatan.

Murid diberi penjelasan tentang kata berimbuhan apitan.

Murid dalam kumpulan mencatat sepuluh contoh kata berimbuhan apitan pada peta buih,

Murid mempamerkan tugasan.

Murid membaca dan memahami teks. (Buku Teks ms.80)

Murid menulis teks perenggan dua hingga empat dalam buku tulis dengan melengkapkan kata berimbuhan apitan.

Murid menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan diberi



CADANGAN JAWAPAN

Rubini : 

Syair tadi menceritakan perpaduan di Malaysia yang sentiasa kukuh dan harmoni.Penyair menyarankan agar menjadikan kawan pelbagai kaum sebagai saudara yang perlu dibantu. Selain itu, penyair berharap agar semua kaum saling menghormati, saling mempercayai dan bersopan santun. Penyair juga berharap agar seni budaya pelbagai bangsa sentiasa dipelihara.

Shu Fen : 

Rumusan keseluruhan isi syair ialah kita mestilah mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Kita patut mengamalkan sikap harmoni dan saling menghormati di samping meraikan perayaan kaum dan keunikan budaya.


PENCARIAN CIKGU JUARA DIGITAL 2024 #CikguJuaraDigital2024

 


klik gambar di atas untuk mendapatkan borang

*Pencarian #CikguJuaraDigital 2024* 

Kami mencari :

1. Guru Prasekolah dan Tadika awam

2. Guru Sekolah Rendah dan Menengah awam

3. Guru Pentadbir sekolah rendah dan menengah awam 

✅Warganegara Malaysia

✅Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, MARA ataupun KEMAS

✅Mempunyai minat yang mendalam untuk transformasi bidang pendidikan melalui teknologi

✅Menggunakan Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah

✅Menggunakan Teknologi Digital dalam Pentadbiran di sekolah (pentadbir)

✅Aktif di dalam pertandingan berteraskan teknologi dan inovasi

✅Aktif di sosial media seperti Tiktok, Facebook, Instagram, Twitter, Website dan lain-lain

✅Boleh mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran Program #CikguJuaraDigital dan #mydigitalmaker

✅Boleh melaksanakan program dan perkongsian teknologi digital bersama guru dan pelajar

Jika anda bersetuju dengan kesemua pernyataan di atas, andalah #CikguJuaraDigital yang kami cari!


Isikan borang penyertaan di bit.ly/cjd2024

Y

Sunday, February 18, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : KITA TETAP BERSAHABAT | TATABAHASA | HALAMAN 80

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : KITA TETAP BERSAHABAT

Standard Kandungan : 
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks.
    iii. kata berimbuhan apitan

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. melengkapkan lapan kata berimbuhan apitan dalam teks dengan betul.
i. menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memberikan 10 kata berimbuhan apitan.
  2. Murid melengkapkan teks dengan kata berimbuhan apitan.
  3. Murid menulis lima ayat lengkap menggunakan kata berimbuhan apitan.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang cara mengeratkan persahabatan.
  2. Murid diberi penjelasan tentang kata berimbuhan apitan.
  3. Murid dalam kumpulan mencatat sepuluh contoh kata berimbuhan apitan pada peta buih,
  4. Murid mempamerkan tugasan.
  5. Murid membaca dan memahami teks. (Buku Teks ms.80)
  6. Murid menulis teks perenggan dua hingga empat dalam buku tulis dengan melengkapkan kata berimbuhan apitan.
  7. Murid menulis lima ayat menggunakan kata berimbuhan apitan diberi

CADANGAN JAWAPAN

Tujuan saya mengirim e-mel ini adalah untuk bercerita tentang aktiviti memupuk perpaduan di sekolah saya. Antara programnya termasuklah pertandingan drama muhibah, larian sehati sejiwa, malam kebudayaan dan sukaneka perpaduan. Program itu untuk melahirkan peserta yang dapat menjiwai erti perpaduan.
        
        Setiap aktiviti dan penyertaan dalam sesebuah pasukan perlu melibatkan murid berbilang kaum. Pihak sekolah juga mengundang sebuah kumpulan kebudayaan dari Sarawak dan Sabah. Mereka beraksi untuk memeriahkan malam kebudayaan. Seperti kata pemimpin, rakyat mestilah bertoleransi dan mengelakkan perpecahan. Pada hari itu, peserta saling bersalaman dan bermaafan. 
        
        Semangat kekitaan jelas kelihatan melalui program itu. Program itu dapat memupuk semangat perpaduan dan perkembangan bakat kerana budaya yang diwarisi bangsa perlu diraikan agar sentiasa subur. 
       
         Akhir kata, saya berharap agar saudara juga sudi menceritakan aktiviti perpaduan di sana. Kita patut mensyukuri nikmat muhibah di negara kita. Saya berharap semoga tali persaudaraan kita terus terjalin. Walaupun jauh di mata, dekat di hati. Kita tetap bersahabat.
Sekian, terima kasih. 


klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : INDAHNYA KEMESRAAN | SENI BAHASA | HALAMAN 79


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : INDAHNYA KEMESRAAN


Standard Kandungan : 

4.1 Mengaplikasikan unsuur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.


Standard Pembelajaran:

4.1.1 Bercerita dan mengunjarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dan mengunjarkan dialog dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua peribahasa dan bahasa yang santun dengan baik.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid memahami simpulan bahasa dalam teks.
  2. Murid mengunjarkan dialog mengandungi peribahasa.
  3. Murid mengunjarkan cerita mengandungi peribahasa berdasarkan empat gambar diberi.
Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang majlis perkhawinan yang dihadiri. (suasana/aktiviti/perasaan)
  2. Murid membaca dan meneliti dialog dalam bahan. ( Buku Teks ms.79)
  3. Murid dibimbing memahami maksud simpulan bahasa dalam teks.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti peribahasa dan bahasa santun yang sesuai bagi setiap gambar diberi dalam bahan. Murid membentangkan tugasan.
  5. Murid mengikut kumpulan mengunjarkan dialog 'sebelum pulang'. (Lima watak) kemudian, murid mengunjarkan dialog 'setibanya di rumah' (tiga watak) menggunakan peribahasa dan bahasa sopan yang telah dibentangkan.
  6. Murid menulis peribahasa dalam bahan dan maksudnya dalam borang grafik.

CADANGAN JAWAPAN


AYAT CONTOH
Gambar 1
- Persembahan tarian zapin menjadi halwa mata untuk tetamu yang hadir.

Gambar 2
- Pasangan pengantin yang cantik bagaikan pinang dibelah dua bersanding di pelamin.

Gambar 3
- Sebelum pulang, tetamu diberikan bunga telur sebagai tanda mata.


klik ganbar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : KEM PERKHEMAHAN MUHIBAH | MENULIS | HALAMAN 78

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : KEM PERKHEMAHAN MUHIBAH

Standard Kandungan : 

3.3 Menghasilkan penulisan


Standard Pembelajaran:

3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dengan betul lima kesalahan penggunaan kata dan kesalahan struktur ayat dalam teks dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid membaca kuta teks.
  2. Murid mengedit lima kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat.
  3. Murid mengedit dan memurnikan teks dengan betul.

Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab tentang pengalaman pergi berkhemah.
  2. Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms.78)
  3. Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan struktur ayat pada perenggan pertama.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti kesalahan penggunaan kata dan mengeditnya serta mencatatnya pada kertas putih.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid mengenal pasti kesalahan struktur ayat dalam teks.Kemudian, murid mengedit dan memurnikan teks dalm buku teks.
  7. Murid dan rakan mereka menyemak tugasan mereka semasa guru membaca teks dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam teks.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untuk maklumat lanjut


Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : SEMARAK PERPADUAN | MEMBACA | HALAMAN 76 & 77

 




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : DETIK PERPADUAN

Standard Kandungan : 

1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibbaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran:

1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dua daripada tiga perkara diminta tentang bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:

  1. Murid dmemahami bahan yang hendak diceritakan.
  2. Murid bercerita tentang tiga perkara tentang bahan.

Aktiviti

  1. Murid bersoal jawab dengan murid tentang gambar. (Buku Teks ms.73)
  2. Murid meneliti gambar dan membaca rangkai kata diberi dalam teks. (Buku Teks.74 & 75)
  3. Murid dibimbing untuk bercerita berdasarkan gambar dan rangkai kata dalam teks dengan sebutan yang betul dan gaya yang sesuai.
  4. Murid secara berpasangan diberi masa untuk latihan bercerita berdasarkan dialog yang terdapat dalam teks.
  5. Murid bersama pasangan melakonkan dialog untk bercerita tentang maklumat yang dilihat. Murid lain menilai persembahan rakan mereka dengan memberikan bintang.
  6. Murid menulis dialog dlam buku tulis mengikut format penulisan dialog.


CADANGAN JAWAPAN

1.
 a) Tuanku Abduk Rahman
b) Tun Tan Cheng Lock
c) Tun V.T Sambanthan

2. Dalam ucapannya, beliau berharap agar rakyat Malaysia berasa megah atas kejayaan yang 
dicapai oleh negara ini, serta yakin berapa banyak lagi kejayaan akan dicapai hasil semangat 
hidup persaudaraan antara satu sama lain.

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 10 : DETIK PERPADUAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 74 & 75

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : DETIK PERPADUAN

Standard Kandungan : 
1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibbaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran:
1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dua daripada tiga perkara diminta tentang bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid dmemahami bahan yang hendak diceritakan.
  2. Murid bercerita tentang tiga perkara tentang bahan.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab dengan murid tentang gambar. (Buku Teks ms.73)
  2. Murid meneliti gambar dan membaca rangkai kata diberi dalam teks. (Buku Teks.74 & 75)
  3. Murid dibimbing untuk bercerita berdasarkan gambar dan rangkai kata dalam teks dengan sebutan yang betul dan gaya yang sesuai.
  4. Murid secara berpasangan diberi masa untuk latihan bercerita berdasarkan dialog yang terdapat dalam teks.
  5. Murid bersama pasangan melakonkan dialog untk bercerita tentang maklumat yang dilihat. Murid lain menilai persembahan rakan mereka dengan memberikan bintang.
  6. Murid menulis dialog dlam buku tulis mengikut format penulisan dialog.
CADANGAN JAWAPAN
klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : BULI SIBER |TATABAHASA | HALAMAN 67

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : BULI SIBER

Standard Kandungan : 
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Memahami dan menggunakan kata berimbhan mengikut konteks.
     i. kata berimbuhan awalan.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh
i. mengenal pasti sepuluh perkataan berimbhan awalan dan akhiran dengan betul.
ii. menulis empat ayat kata imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid mengenal pasti perkataan imbuhan awalan dan akhiran dalam teks.
  2. Murid menulis lapan ayat kata imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.

Aktiviti
  1. Murid menulis jenis jenayah siber pada peta buij di papan tulis.
  2. Murid membaca wawancara tentang buli siber. (Buku Teks ms.67)
  3. Murid diberi penjelasan tentang imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mencari kata imbyhan awalan dan imbuhan akhiran dalam teks dan mencatatnya dalam peta pokok.
  5. Murid membina ayat menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran yang diperoleh daripada teks.
  6. Secara rawak murid membacakan ayat yang dibina. Guru membuat pemurnian.

CADANGAN JAWAPAN




klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : KESELAMATAN SIBER DALAM PERCUTIAN | MENULIS| HALAMAN 66

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : KESELAMATAN SIBER DALAM PERCUTIAN

Standard Kandungan : 
3.3 Menghasilkan penulisan.

Standard Pembelajaran:
3.3.2. Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dan memurnikan sekurang-kurangnya sembilan daripada sebelas kesalahan dalam perenggan tiga hingga empat teks daripada segi ejaan, tanda baca dan imbuhan dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid mengedit dan memurnikan kesalahan dalam perenggan satu.
  2. Muird mengedit dan memurnikan sebelas kesalahan dalam tiga perenggan yang diedit.
  3. Murid menghasilkan penulisan cerita.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan tempat-tempat yang pernah mereka lawati.
  2. Murid membaca petikan "Keselamatan Siber dalam Percutian". (Buku Teks ms.66)
  3. Murid dibimbing mengedit teks dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan dalam teks. (Bercetak warna merah.)
  4. Murid dalam kumpulan berbincang untuk mengedit dan memurnikan perenggan pertama dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan.
  5. Membentang tugasan.
  6. Murid mengedit dan memurnikan perenggan dua hingga empat dari segi ejaan , tanda baca dan imbuuhan dan menulisnya dalam buku tulis.
  7. Murid menyemak perenggan yang diedit berdasarkan kesalahan dalam teks yang disebut oleh guru.

CADANGAN JAWAPAN

klik gambar untuk maklumat lanjut

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA