Aktiviti
1. Murid bersoal jawab tentang bubur lambuk. (dapat di mana/ bahan dalam bubur lambuk)
2. Murid membaca senyap teks cerpen dan catatan ( Buku Teks ms 82 & 83)
3. Murid dibimbing membaca teks cerpen dan catatan dengan gaya penyampaian yang sesuai.
4. Murid membaca cerpen dan catatan dengan gaya penyampaian yang sesuai.
5. Murid lain akan menilai bacaan rakan mereka dengan memberi skor pada borang penilaian.
6. Murid yang membaca cerpen dan catatan dengan penyampaian terbaik diminta mempersembahkannya semula.
CADANGAN JAWAPAN
1. Bubur lambuk ini dinamakan “Bubur Lambuk Perpaduan” kerana baik dari penyediaan bahan masakan sehinggalah pengagihan bubur itu semuanya dibuat secara bergotong-royong, tidak mengira agama, bangsa dan kaum.
2. Bubur lambuk ini dimasak di Balai Raya Kampung Seri Cempaka.
3. Pak Osman mendapat sumbangan ikhlas dalam bentuk barangan atau wang daripada penduduk kampung.
4. a) beras
b) santan
c) sayur
d) lauk/ayam/daging/ikan bilis
5. Pada pendapat saya, program ini patut diteruskan setiap tahun. Program yang diadakan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat.Program ini juga bukan sahaja eratkan perpaduan , tetapi semangat setiakawan juga terjalin.