- Murid memahami maklumat tentang peranan dron.
- Murid bercerita empat peranan dron berdasarkan gambar.
- Murid menonton video dron.
- Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dalam teks.
- Setiap kegunaan dron ditampal pada empat sudut dalam kelas.Murid membuat jelajah galeri membaca dan mencatat maklumat berkaitan.
- Murid dibimbing bercerita tentang dron.
- Murid bercerita tentang kegunaan dron berdasarkan maklumat yang dibaca dan dicatat.
- Murid mencatat kegunaan dron dalam peta pokok dalam buku tulis.
Cikgu Hafiz telah mengundang pegawai pertanian ke sekolah. Beliau akan mendemonstrasikan alat teknologi terkini kepada murid-murid. Mereka berpeluang melihat sebuah alat yang canggih. Alat tersebut dikenali dengan nama dron. Dron ini dikawal dengan alat kawalan jauh untuk merakamkan gambar dari udara.
Pegawai pertanian tersebut telah membuat demonstrasi menerbangkan dron. Kini, dron digunakan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengeposan barang dan bantuan kesihatan.
Selain itu, dron juga digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bidang tersebut, dron digunakan untuk menyembur racun dan membaja. Dalam bidang keselamatan pula, dron digunakan oleh pihak polis bagi memantau aliran trafik dan mengesan penjenayah.
Walaupun kini dron digunakan dengan meluasnya, namun pengendalinya harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.