DROPDOWN MENU
SLIDER
Monday, August 5, 2024
Monday, March 4, 2024
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : MERCU KEBANGGAAN KITA | MENULIS| HALAMAN 130
- Murid membaca kuat teks.
- Murid mengenal pasti 16 kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan.
- Murid mengedit dan memurnikan teks dengan betul.
- Murid menyatakan binaan yang berteknologi tinggi di Malaysia.
- Murid membaca dan meneliti buku teks. (Buku Teks ms. 130)
- Murid dibimbing mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan pada perenggan pertama dan kedua teks.
- Murid dalam kumpulan berbincang mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam perenggan tiga dan empat dan mencatatnya dalam kertas putih.
- Murid membentangkan tugasan.
- Murid mengenal pasti ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan dalam pernggan lima hingga tujujh.Kemudian, murid mengedit dan memurnikan teks dalam buku tulis.
- Murid dan rakan mereka menyemak tugasan semasa guru membaca teks dan mengedit kesalahan.
Friday, March 1, 2024
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : TEKNOLOGI IMBASAN WAJAH | MEMBACA| HALAMAN 128 & 129
- Murid membaca kuat dua perenggan teks.
- Murid melengkapkan tiga maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
- Murid membuat keputusan teknologi imbasan pilihan mereka.
- Murid membaca senyap dan meneliti petikan. (Buku Teks 128 & 129)0
- Murid membaca kuat rencana berkaitan teknologi imbasan wajah. Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan teks.
- Murid bersoal jawab berkaitan teknologi imbasan wajah untuk mendapatkan maklumat.
- Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan maklumat tentang teknologi imbasan wajah.
- Murid membentangkan tugasan.
- Murid membuat pertimbangan dan keputusan.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan A mahu teknologi imbasan cap jari dan kumpulan B mahu teknologi imbasan wajah.
- Murid menyatakan alasan atas pilihan mereka.
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 17 : RAKAMAN DARI UDARA | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 127
- Murid memahami maklumat tentang peranan dron.
- Murid bercerita empat peranan dron berdasarkan gambar.
- Murid menonton video dron.
- Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dalam teks.
- Setiap kegunaan dron ditampal pada empat sudut dalam kelas.Murid membuat jelajah galeri membaca dan mencatat maklumat berkaitan.
- Murid dibimbing bercerita tentang dron.
- Murid bercerita tentang kegunaan dron berdasarkan maklumat yang dibaca dan dicatat.
- Murid mencatat kegunaan dron dalam peta pokok dalam buku tulis.
Cikgu Hafiz telah mengundang pegawai pertanian ke sekolah. Beliau akan mendemonstrasikan alat teknologi terkini kepada murid-murid. Mereka berpeluang melihat sebuah alat yang canggih. Alat tersebut dikenali dengan nama dron. Dron ini dikawal dengan alat kawalan jauh untuk merakamkan gambar dari udara.
Pegawai pertanian tersebut telah membuat demonstrasi menerbangkan dron. Kini, dron digunakan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pengeposan barang dan bantuan kesihatan.
Selain itu, dron juga digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bidang tersebut, dron digunakan untuk menyembur racun dan membaja. Dalam bidang keselamatan pula, dron digunakan oleh pihak polis bagi memantau aliran trafik dan mengesan penjenayah.
Walaupun kini dron digunakan dengan meluasnya, namun pengendalinya harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA | TATABAHASA | HALAMAN 114
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : KEJUARAAN WARGA MALAYSIA
Standard Kandungan :
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.
iii. kata ganda berentak
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh ;
i. menyertai sembilan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks dengan betul.
ii. membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak diberi dengan betul.
Kriteria Kejayaan:
- Murid memahami kata ganda berentak.
- Murid menyenaraikan sembilan kata ganda berentak dalam teks.
- Murid membina lima ayat menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.
Aktiviti
- Murid mengenali tokoh-tokoh pelumba basikal negara. (gambar)
- Murid membaca senyap dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 114)
- Murid dipilih secara rawak membaca kuat teks.
- Murid diberi penjelasan tentang kata ganda berentak.
- Murid dalam kumpulan menyenaraikan kata berentak yang terdapat dalam teks dalam peta buih.
- Membentangkan tugasan.
- Murid membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.
- Murid menulis kata ganda berentak lain mengikut jenis. (Lembaran kerja)
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WARGANEGARA SEJAHTERA | SENI BAHASA | HALAMAN 113
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : WARGANEGARA SEJAHTERA
Standard Kandungan :
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
Standard Pembelajaran:
4.3.3 Mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan diksi yang sesuai dan mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai dua rangkap lirik lagu secara berpandu dengan diksi yang sesuai dan menyanyikan mengikut kumpulan dengan gaya yang kreatif.
Kriteria Kejayaan:
- Murid mengubah suai dua rangkap lirik lagu.
- Murid mempersembahkan nyanyian mengikut kumpulan dengan gaya tersendiri.
Aktiviti
- Murid menonton video lagu 'Sejahtera Malaysis'.
- Murid membaca dan meneliti lirik lagu 'Sejahtera Malaysia'. (Buku Teks ms. 113)
- Murid menyanyikan lagu 'Sejahtera Malaysia' beramai-ramai.
- Murid dibimbing untuk mengubah suai lirik lagu rangkap tiga dan empat.
- Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai lirik rangkat tiga dan empat.
- Murid berbincang tentang gaya yang ingindisampaikan.Kemudian kumpulan masing-masing mempersembahkan lirik lagu yang telah diubah suai dengan gaya yang kreatif.
- Murid lain akan menilai persembahan dengan mengangkat ibu jari ke atas (baik) ibu jari ke bawah (lemah).
CADANGAN JAWAPAN
Rangkap 3 (korus)
Semangat sehati sepasukan
Berjuang dalam rintangan
Kita hebat kitalah juara
Mengharum nama negara
Berkibar megah Jalur Gemilang
Laungkan amanat ibu pertiwi
Kita sama menjulang namamu
Aman damailah negaraku
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : DUTA KECIL MALAYSIA | MENULIS | HALAMAN 112
- Murid membaca dua kali perenggan teks.
- Murid mengeja lapan perkataan sukar dalam teks.
- Murid mengimlak lima perenggan teks prosa.
- Murid menyatakan negara pilihan mereka jika diberi peluang belajar ke luar negara.
- Murid membaca dan meneliti teks rencana siswa. (Buku Teks ms. 112)
- Murid membaca kuat mengikut kumpulan masing-masing.
- Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan sukar dalam petikan. (Contoh; perangkaan, pembiayaan, biasiswa, komuniti, beraspirasi, diperantauan, warganegara, menguar-uarkan)
- Murid mengimlak empat teks prosa yang dibaca oleh guru.
- Murid secara berpasangan menyemak teks yang diimlak dengan merujuk teks.
- Murid membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan menyalin semula perenggan yang terdapat kesalahan.
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : WARGA EMASKU TERPELIHARA | MEMBACA | HALAMAN 110 & 111
- Murid membaca kuat teks.
- Murid melengkapkan peta pokok.
- Murid menulis satu rumusan tentang kandungan teks.
- Murid menonton video penyampaian pidato https://www.youtube.com/watch?v=GtEMNcZpD_I
- Murid membaca senyap petikan pidato dan pantun dalam teks.
- Murid membaca kuat teks pidato dengan gaya. Setiap murid membaca dua atau perenggan secara bersambung.
- Murid bersoal jawab tentang isi kandungan teks pidato.
- Murid mendengar rakaman audio pantun.
- Murid melafazkan pantun secara berasingan.
- Murid menyatakan nilai atau pengajaran daripada pantun yang dilafazkan.
- Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan maklumat pada peta pokok.
- Murid membentangkan tugasan dan membuat rumusan tentang isi kandungan teks.
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : BAHASA ASAS KEWARGANEGARAAN | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 109
- Murid memahami enam peranan bahasa kebangsaan.
- Murid bertutur dan menghuraikan dua maksud tersirat daripada bahan.
- Murid mencatat bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia pada peta bulatan di papan tulis.
- Murid membaca pernyataan tentang peranan bahasa kebangsaan dalam teks. (Buku Teks ms. 109).
- Murid membaca kuat enam peranan bahasa kebangsaan.
- Murid bersoal jawab tentang peranan bahasa kebangsaan.
- Murid dalam kumpulan berbincang untuk melengkapkan dialog dalam teks.
- Murid dalam kumpulan emapat orang mebuat simulasi lakonan untuk menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan pertanyaan diberi.
- Murid menulis dialog yang dilakonkan dalam buku tulis menggunakan format pemulisan dialog.
CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : MARI KITA CERIAKAN | TATABAHASA | HALAMAN 108
- Murid memahami kata ganda separa.
- Murid menulis lapan kata ganda separa ikut kategori.
- Murid membina lapan ayat menggunakan kata ganda separa.
- Murid bersoal jawab tentang aktiviti menyambut bulan kemerdekaan di sekolah mereka.
- Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 108)
- Murid diperjelas tentang kata ganda separa berdasarkan teks penerangan 1 dan 2.
- Murid dibimbing mengenal pasti kata ganda separa dalam teks penerangan 3 dan 4.
- Murid dalam kumpulan berbincang menulis lapan kata ganda separa yang tiada dalam teks mengikut kategori dalam peta pokok.
- Murid membentang tugas.
- Murid membina ayat menggunakan kata ganda penuh yang diperoleh daripada teks dalam buku tulis.
CADANGAN JAWAPAN
Kata Ganda Separa Tunggal
pepondok , bebenang, dedawai, lelangit, gegantung
Kata Ganda Separa Awalan
bantu-membantu, kunjung-mengunjung, setinggi-tinggi
Kata Ganda Separa Akhiran
barang-barangan , kenang-kenangan
Kata Ganda Separa Imbuhan Apitan
kemerah-merahan, kekuning-kuningan, kebiru-biruan
Bina Ayat
1. Dedawai pagar yang memagari sekolah dicat dengan warna putih dan merah.
2. Pada hari raya, saudara-mara mengadakan aktiviti kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
3. Kakak mengambil gambar di lapangan terbang untuk dijadikan kenang-kenangan sebelum berlepas ke London.
4. Bangunan pejabat itu diwarnakan kebiru-biruan mengikut warna pada Jalur Gemilang.
5. Bebenang skru pada basikal itu telah haus.
6. Kita haruslah bantu membantu antara satu sama lain