DROPDOWN MENU

SLIDER



Sunday, June 18, 2023

CARA LOG MASUK PORTAL DELIMA MENGGUNAKAN SMARTPHONE ANDROID UNTUK MURID DAN GURU #edufluencerperak

 

Langkah 1:

klik pada omnibox di smartphone anda.


Langkah 2:

Taipkan delima


Langkah 3:

Klik pada Delima 2.0


Langkah 4:

pastikan anda klik pada kotak " I Agree to the term and conditions terlebih dahulu

kemudian "Click here to login"


Langkah 5 :

Masukkan emel Delima anda.

contoh emel guru : g-94178521@moe-dl.edu.my

contoh emel murid : m-12345678@moe-dl.edu.my


Langkah 6 :

Scroll ke bawah sedikit sehingga anda jumpa butang Allow. 

Klik button Allow seperti dalam rajah.


Berikut paparan yang ditunjukkan apabila anda berjaya log masuk ke portal Delima KPM.

Selamat mencuba 🥰

EDUFLUENCER PERAK | KAMI TERUS MARA #edufluencerperak

 















Alhamdulillah...
Assalamualaikum & salam sejahtera.1st of all ucapan jutaan terima kasih kepada Nur Rahayu Ayob  yang sudi memilih saya menjadi mentee beliau.Alhamdulillah peluang yg mungkin dtg sekali dlm seumur hidup.Terima kasih kak 🥰

Dapat bersua muka dengan "pempengaruh pendidikan" dan mendgr sendiri "The Journey" mereka merupakan pengalaman manis yg sgt bermakna.

Tahniah dan terima kasih buat team sektor Pembelajaran JPN Perak atas penganjuran dan penghargaan yg diberikan.InsyaAllah amanah yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Kepada rakan2 guru hebat.Terima kasih atas "The Journey" sepnjg program di jlnkan.Moga "Positive Domino Effect" dapat kita kembangkan untuk manfaat semua.
Best of luck semua 🥰

love
Simply being LinnZack
#edufluencerperak 
#akademiyoutuber 
#cikgulinnzack

Tuesday, June 13, 2023

GOOGLE FOR EDUCATION | GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR LEVEL 2

 





Alhamdulillah....13 Jun 2023 (Selasa)

Finally LinnZack buat juga GCE ni.

Terima kasih kepada team GEG Beaufort yang banyak membantu dan membimbing.

Cara nak lulus mudah sahaja. 

Study - Ulangkaji - Latihan. 

Ulanglah sampai yakin nak duduki exam. 

Selebihnya buat , berserah dan tawakal.

Untuk makumat lanjut boleh klik link di bawah 

https://www.facebook.com/media/set?vanity=GEGBeaufort&set=a.219001944312452

Wednesday, June 7, 2023

BAHASA MELAYU TAHUN 4 | HINDARI LALUAN BAHAYA | ASPEK TATABAHASA | HALAMAN 50

 



klik pautan untuk ke latihan dalam talian










Cadangan Jawapan

Halaman 50 - Hindari Laluan Bahaya
1. Murid mengecam penggunaan kata adjektif perasaan dalam ayat.
2.Murid membina ayat dengan menggunakan kata adjektif perasaan.

Ayat contoh:
1. Hadif dan rakan-rakannya gembira menunggang basikal pulang dari sekolah.
2. Min Lee berasa ragu semasa menunggang basikal di jalan yang berlopak-lopak.
3. Zara takut untuk melintas jambatan kayu yang rosak dengan basikalnya.
4. Cikgu Rizal marah kerana Jit Wen menungggang basikal di jalan raya yang sibuk.



Tuesday, June 6, 2023

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 | UNIT 6 : KURANGAKAN BATUK BERKAHAK| HALAMAN 42

 



KEMAHIRAN BAHASA
5.0 ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat :
Mengenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif.

KRITERIA KEJAYAAN
Murid berjaya mengenal pasti beberapa pelbagai bentuk kata adjektif dengan betul.


AKTIVITI PDPC
Pengenalan :
Murid mengimbas kembali pelajaran yang lalu.
Aktiviti :
1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. 
2. Murid membaca dan memahami carta alir Cara Mengurangkan Batuk Berkahak.
3. Murid dibimbing mengenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif dalam bahann. (KBAT)
4. Murid dibimbing membina perenggan dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif. (PBD)
5. Murid mengenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif. Kemudian menulisnya dalam buku latihan. 
6. Murid dibahagikan kepada beberapa pasangan. 
8. Setiap pasangan menulis perenggan untuk menyampaikan pesanan cara mengurangkan batuk berkahak. (PAK 21)
Penutup :
Murid bersoal jawab dengan guru tentang isi pelajaran.


Cadangan Jawapan




LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA