DROPDOWN MENU

SLIDER



Saturday, February 17, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : KESELAMATAN SIBER DALAM PERCUTIAN | MENULIS| HALAMAN 66

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : KESELAMATAN SIBER DALAM PERCUTIAN

Standard Kandungan : 
3.3 Menghasilkan penulisan.

Standard Pembelajaran:
3.3.2. Mengedit dan memurnikan perenggan daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengedit dan memurnikan sekurang-kurangnya sembilan daripada sebelas kesalahan dalam perenggan tiga hingga empat teks daripada segi ejaan, tanda baca dan imbuhan dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid mengedit dan memurnikan kesalahan dalam perenggan satu.
  2. Muird mengedit dan memurnikan sebelas kesalahan dalam tiga perenggan yang diedit.
  3. Murid menghasilkan penulisan cerita.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan tempat-tempat yang pernah mereka lawati.
  2. Murid membaca petikan "Keselamatan Siber dalam Percutian". (Buku Teks ms.66)
  3. Murid dibimbing mengedit teks dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan dalam teks. (Bercetak warna merah.)
  4. Murid dalam kumpulan berbincang untuk mengedit dan memurnikan perenggan pertama dari segi ejaan, tanda baca dan imbuhan.
  5. Membentang tugasan.
  6. Murid mengedit dan memurnikan perenggan dua hingga empat dari segi ejaan , tanda baca dan imbuuhan dan menulisnya dalam buku tulis.
  7. Murid menyemak perenggan yang diedit berdasarkan kesalahan dalam teks yang disebut oleh guru.

CADANGAN JAWAPAN

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : JANGAN PANDANGAN RINGAN | MEMBACA| HALAMAN 64 & 65



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : JANGAN PANDANGAN RINGAN


Standard Kandungan : 
2.3 Membaca dan mengapreasi pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera.


Standard Pembelajaran:
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.


Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dua perenggan teks cerpen dan lima rangkap gurindam dengan sebutan dan gaya penyampaian yang sesuai.


Kriteria Kejayaan:
1. Murid membaca kuat dua perenggan cerpen dengan intonasi yang sesuai.
2. Murid melagukan lima rangkap gurindam dengan baik.

Aktiviti
1. Murid menulis tentang ciri keselamtan yang ada dalam kereta keluarga mereka pada peta bulatan.
2. Murid membaca teks secara pasangan. Seorang baca dan seorang semak bacaan rakan. ( Buku Teks ms.64)
3. Murid dibimbing membaca teks dengan gaya penyamnpaian yang sesuai. Setipa murid membaca kuat dua atau tiga perenggan teks.
4. Murid diperdengar audio melagukan gurindam dalam teks. (Imbas QR dalam teks)
5. Murid dibimbing melagukan gurindam dengan betul.
Murid secara berpasangan melagukan gurindam dalam pelbagai gaya penyampaian.
Murid menyenaraikan barangan kit kecemasan pada peta buih dalam buku tulis.


CADANGAN JAWAPAN

1. Kit kecemasan kenderaan perlu ada di dalam sesebuah kenderaan untuk membantu pemandu sekiranya berlaku sesuatu kecemasan ketika dalam perjalanan.

2. Tindakan yang dilakukan oleh Encik Razali ketika menolong mangsa kemalangan ialah dengan menggunakan jek untuk mengeluarkan motosikal dari bawah kereta. Selain itu, Encik Razali juga memakai jaket pantulan cahaya dan meletakkan segi tiga keselamatandi bahagian belakang kereta.

3. 12 barang – payung / perkakas pelbagai guna / segi tiga keselamatan / kabel pelompat /tayar simpanan dan alat penukar tayar / air / pemadam api kecil /jaket keselamatan pantulan cahaya / pengecas telefon bimbit / lampu suluhdan bateri tambahan / peti pertolongan cemas / tukul keselamatan pelbagai guna

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 9 : USAH PANIK | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 63

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : USAH PANIK


Standard Kandungan : 

1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Standard Pembelajaran:

1.3.1 Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh bercerita dua tau tiga berkaitan gambar dengan sebutan dan intonasi yang sesuuai.


Kriteria Kejayaan:

1. Murid memahami teknik bercerita.

2. bercerita tentang dua atau tiga gambar secara berpasangan.


Aktiviti

1. Murid bersoal jawab tentang pengalaman menggunakan lif. (Di mana/tujuan/bagaimana guna)

2. Murid meneliti gambar, perkataan dan frasa dam teks. (Buku Teks. ms63)

3. Murid dibimbing bercerita dengan intonasi dan gaya yang sesuai.

4. Murid secara berpasangan berbincang untuk mengayakan cerita.

5. Murid bersama pasangan bercerita. Seorang murid bercerita untuk dua atau tiga gambar. Guru merakam persembahan murid.

6. Guru memainkan semula rakaman. Murid memberikan pandangan tentang persembahan rakan mereka.

7. Dua pencerita terbaik diminta bercerita semula di hadapan kelas.

CADANGAN JAWAPAN

Afifi mengikuti Encik Nazri ke Wisma Kencana. Encik Nazri ingin berjumpa dengan rakannya di 

aras 14. Mereka memasuki lif lalu menekan butang lif untuk ke tingkat 14. Apabila lif tiba di 

tingkat 14, pintu lif itu tidak terbuka. Encik Nazri teringat akan larangan yang terdapat dalam 

poster di pintu masuk lif tadi.

        Encik Nazri menekan butang kecemasan lalu menghubungi bilik kawalan. Beliau 

mengingatkan orang-orang yang terperangkap di dalam lif itu agar tidak panik. Beliau juga meminta 

mereka duduk dengan tenangnya.

        Tidak lama kemudian, pintu lif itu berjaya dibuka oleh anggota bomba dan penyelamat.

Akhirnya, mereka berjaya keluar dari lif dengan selamatnya.

        Anggota bomba dan penyelamat mengucapkan terima kasih kepada Encik Nazri 

kerana telah bertindak bijak. Encik Nazri pula memuji anggota bomba dan penyelamat yang

bertugas penuh dedikasi. Beliau sungguh bangga dengan sikap mereka.

klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : WASPADA ARUS KARAU | TATABAHASA | HALAMAN 62

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : WASPADA ARUS KARAU

Standard Kandungan : 
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut kontenks.

Standard Pembelajaran:
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks.
    iii. kata bantu

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh
i . melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.
ii. menulis lima ayat menggunakan kata penguat dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami penggunaan kata penguat.
  2. Murid melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.
  3. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang pantai yang mereka pergi. (suasana/keadaan pantai/perasaan)
  2. Murid diperjelaskan tentang kata bantu dan penggunaannya.
  3. Murid dalam kumpulan bertiga membaca dialog dalam teks.(Buku Teks ms.62)
  4. Murid dalam kumpulan mengenal pasti kata bantu dalam dialog dan menyenaraikan mengikut jenis kata bantu aspek atau kata bantu ragam pada peta pokok.
  5. Murid mempamerkan tugasan.
  6. Murid dalam kumpulan berbincang membina tiga ayat menggunakan kata bantu berdasarkan gambar pertama dan membentangkannya.
  7. Murid membina enam ayat menggunakan kata bant diberi berdasarkan gambar dua dan tiga.

CADANGAN JAWAPAN

Ayah :   Ya , Afifi, Azrul. Kamu bukan sahaja perlu tahu berenang, kamu juga harus mendengar taklimat              keselamatan semasa berenang. Dalam taklimat tersebut, kamu dapat belajar tentang teknik                     berenang dengan betulnya. Apabila sudah cekap, barulah kamu boleh berenang dengan                         selamatnya. Sewaktu berenang, kamu mesti dipantau oleh pengawal pantai. Mungkin sesuatu                 kejadian yang tidak diingini berlaku, pengawal tersebut boleh membantu. Akhir sekali, kamu                 patut peka akan situasi di laut. Pernah terjadi arus karau dan masih berbahaya kepada orang                     ramai.
klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : WASPADA MEMANDU | TATABAHASA | HALAMAN 61

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : KESELAMATAN 

TOPIK : WASPADA MEMANDU

Standard Kandungan : 

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.


Standard Pembelajaran:

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks.

    ii. kata pengat


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh :

i . melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.

ii. menulis lima ayat menggunakan kata penguat dengan betul.


Kriteria Kejayaan:

1. Murid memahami penggunaan kata penguat.

2. Murid melengkapkan teks dengan kata penguat yang betul.

3. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat.


Aktiviti

1. Murid bersoal jawab tentang pentingnya berwaspada semasa memandu kenderaan.

2. Murid diperjelaskan tentang kata penguat dan penggunaannya.

3. Murid membaca perenggan satu dan dua teks "Waspada Memandu" dan mengenal pasti penggunaan kata penguat. (Buku Teks ms.61)

44. Murid dalam kumpulan berbincang melengkapkan perenggan tiga teks dengan kata penguat yang betul.

5. Murid membaca teks yang telah dilengkapkan.

6. Murid membina lima ayat menggunakan kata penguat yang diberi.

7. Murid menyatakan pengajaran diperoleh daripada teks.

CADANGAN JAWAPAN

Encik Nazri memandu tidak terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Beliau agak bimbang

jika pemandu tersebut membrek secara mengejut , beliau tidak sempat untuk membrek kerana jalan

licin sangat . Afifi risau sungguh . Cuaca pula makin gelap.Pelihatan Encik Nazri kurang jelas kerana

kabus amat tebal. Afifi meminta ayahnya memasang lampu kecemasan. Ayahnya memberitahu

bahawa lampu tersebut hanya digunakan semasa kecemasan. Encik Nazri berhenti di hentian rehat

dan rawat bagi mengelakkan kemalangan. Beliau letih benar . Beliau memakai baju sejuk kerana

suasana sejuk betul.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 8 : AWASI GERAK-GERIMU | SENI BAHASA | HALAMAN 60

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : KESELAMATAN 
TOPIK : AWAS GERAK-GERIMU

Standard Kandungan : 
4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi.

Standard Pembelajaran:
4.4.2 Mempersembahkan keindahan seni tulisan jawi melalui perumpamaan.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis satu perumpamaan dalam seni tulis jawi khat secara kreatif dan menarik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami maksud perumpamaan bagai aur dengan tebing.
  2. Murid menulis dan menekap huruf jawi menggunakan kertas surih.
  3. Murid menulis perumpamaan menggunakan seni tulis jawi.

Aktiviti
  1. Murid menyatakan maksud perumpamaan "bagai aur dengan tebing".
  2. Murid secara berpasangan melakonkan dialog dalam bahan. (Buku Teks ms.60)
  3. Murid mengenal, mengecam dan menyebut huruf jawi melalui perumpamaan dalam teks.
  4. Murid menulis huruf jawi berkaitan perumpamaan dengan menekapnya menggunakan kertas surih.
  5. Murid menulis huruf menggunakan keindahan seni tulis jawi pada kertas A.
  6. Murid mempamerkan hasil di atas meja masing-masing.Murid-murid membuat jelajah galeri melihat hasil tgasan rakan-rakan mereka.
  7. Beberapa hasil tulisan terbaik dipaparkan pada papan tulis.


LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA