DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 13 : WARISAN PANTUN | MEMBACA | HALAMAN 99

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

TOPIK : WARISAN PANTUN


Standard Kandungan : 

2.1 Asas membaca dan memahami.

Standard Pembelajaran:

2.1.2 Membaca dan meruujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan.


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran murid boleh :

i. membaca kuat dua perenggan teks dengan baik.

ii. mencari makna sepuluh perkataan diberi menggunakan Kamus Dewan dengan teknik yang betul.


Kriteria Kejayaan:

1. Murid membaca kuat teks.

2. Murid mencari makna lima perkataan dalam kumpulan menggunakan kamus.

3. Murid mencari makna lima perkataan secara individu menggunakan kamus.


Aktiviti

1. Murid menamakan alat-alat muzik yang ditunjukkan.

2. Murid membaca senyap teks. (Buku Teks ms. 99)

3. Murid membaca kuat teks. Setiap murid membaca dua perenggan teks.

4. Murid menyebut perkataan bercetak warna biru. Murid menulisn perkataan tersebut dalam borang grafik mengikut susunan huruf.

5. Murid dibimbing mencari makna perkataan menggunakan Kamus Dewan.

6. Murid dalam kumpulan berbincang mencari lima makna perkataan pertama yang dicatat dalam borang grafik. Kemudian murid membentangkan tugasan.

7. Murid secara individu mencari lima lagi makna perkataan yang selebihnya.

CADANGAN JAWAPAN


klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 13 : KEM JATI DIRI | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 98

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : KEM JATI DIRI

Standard Kandungan : 
1.1 Mendengar dan memberikan respon semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

Standard Pembelajaran:
1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis kreatif.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat memberikan sekurang-kurangnya satu respon terhadap soalan secara kritis dan kreatif dengan baik dan bertatasusila.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami program yang hendak dijalankan.
  2. Murid membuat pilihan dengan alasan.
  3. Murid memberi respon terhadap soalan.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang perkhemahan atau kem jati diri yang pernah dihadiri.
  2. Murid membaca dan meneliti program Kem Jati Diri. (Buku Teks ms. 98)
  3. Tiga murid mewakili setiap stesen. Murid stesen 1, 2 dan membaca kuat untuk menerangkan tentang program yang dijalankan distesen mereka.
  4. Murid dibimbing mentafsir dan membuat pilihan program yang jadi pilihan. Murid diminta mengangkat kad nombor stesen yang menjadi pilihan mereka.Murid dikumpulkan mengikut stesen dan berbincang melengkapkan dialog dengan respons yang sesuai.
  5. Guru akan berdialog dengan murid dalam stesen masing-masing dan murid stesen tersebut akan memberi respons terhadap soalan guru.
  6. Murid menulis dialog yang ditutrkan dalam buku tulis dengan menggunakan format perbualan.


klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 : PANGGUNG PERPADUAN | TATABAHASA | HALAMAN 92

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : PANGGUNG PERPADUAN

Standard Kandungan : 
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks.
i. kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina lapan ayat menggunakan empat kata majmuk bebas dan empat kata majmuk mantap dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
  2. Murid mengeenal pasti kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
  3. Murid membina lapan ayat menggunakan kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman menghadiri mesyuarat di sekolah.
  2. Murid diberi penjelasan tentang kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap.
  3. Murid membaca dan meneliti teks dialog. (Buku Teks ms. 92)
  4. Murid dibimbing mengenal pasti kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap yang terdapat dalam teks.
  5. Murid dalam kumpulan mengenal pasti kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap yang terdapat dalam dialog dan mengkategorikan dalam peta pokok.
  6. Setiap kumpulan mempamerkan tugasan. Rakan lain membuat jelajah galeri.
  7. Murid membina lapan ayat menggunakan empat kata majmuk bebas dan empat kata majmuk mantap dalam buku tulis.


klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 : SILANG BUDAYA | SENI BAHASA | HALAMAN 91

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : SILANG BUDAYA

Standard Kandungan : 
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.

Standard Pembelajaran:
4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan maksud sajak.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mendeklamasikan dua rangkap sajak dan menjelaskan maksud tiga rangkap sajak dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami cara mendeklamasikan sajak.
  2. Murid mendeklamasikan dua rangkap sajak dengan pasangan.
  3. Murid menyatakan maksud dua rangkap sajak dengan baik.

Aktiviti
  1. Murid membaca rangkap sajak. (Buku Teks ms. 91)
  2. Murid mendengar audio deklamasi sajak yang dibaca.
  3. Murid dibimbing mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai.
  4. Murid secara berpasangan mendeklamasikan sajak di hadapan kelas dengan nada dan gaya yang sesuai.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang menyatakan maksud rangkap sajak.
  6. Murid membentangkan tugasan.
  7. Murid menyatakan maksud keseluruhan sajak dalam buku tulis.






klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 :WIRA DAN WIRAWATI NEGARA | MENULIS | HALAMAN 90

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : WIRA DAN WIRAWATI NEGARA

Standard Kandungan : 
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:
3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia.                                                                                                                                                                   
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menulis dua ayat untuk menyatakan pendapat tentang sumbangan tokoh dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami.
  2. Murid menulis dua ayat untk menyatakan pendapat tentang sumbangan tokoh.

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang anugerah yang pernah dimiliki semasa di sekolah.
  2. Murid membaca dan meneliti teks berkaitan wira dan wirawati negara. (Buku Teks ms. 90)
  3. Empat murid berlakon sebagi tokoh yang terdapat dalam teks. Tokoh pertama dipanggil ke hadapan kelas. Seorang murid akan membaca kuat teks tentang jasa tokoh tersebut. Bagi tokoh pertama ini murid dibimbing untuk menulis ayat untuk menyatakan pendapat terhadap sumbangan tokoh.
  4. Murid mewakili tokoh kedua dipanggil dan dibacakan sumbangannya. Murid dalam kumpulan berbincang memina ayat bagi menyatakan pendapat.
  5. Murid membentangkan tugasan mereka. Guru membuat pemurnian.
  6. Murid mewakili dua tokoh seterusnya ke hadapan. Kemudian murid menulis ayat untuk menyatakan pendapat tentang sumbangan tokoh tersebut dalam bukuu tulis.



klik gambar untuk maklumat lanjut.


Thursday, February 29, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 12 : RAIKAN BUDAYA KITA | MEMBACA | HALAMAN 88 & 89

 




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TEMA : PERPADUAN
TOPIK : RAIKAN BUDAYA KITA 

Standard Kandungan : 
2.1 Asas membaca dan memahami.

Standard Pembelajaran:
2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dengan baik dan memberikan respons terhadap idea tersurat dan tersirat dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami teks.
  2. Murid menyatakan maklumat tersurat dan tersirat.
  3. Murid memberi dua respons terhadap bahan.
Aktiviti
  1. Murid menyatakan pengalaman pergi ke karnival. (nama karnival/ apa yang dilihat/ suasana)
  2. Murid meneliti poster Karnival Kesenian dan Kebudayaan 2021. (Buku Teks ms 88)
  3. Murid dibimbing membaca dan memahami maklumat tersurat yang terdapat dalam poster.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang mencatat maklumat tersurat dan mencari maklumat tersirat yang terdapat poster dalam kertas putih.
  5. Murid membentangkan tugasan.
  6. Murid memberikan respons melalui lakonan menggunakan maklumat tersurat dan tersirat dan gambar yang diberi.
  7. Murid menulis dialog dalam format penulisan untuk memberikan respons.


klik gambar untuk maklumat lanjut

LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA