DROPDOWN MENU

SLIDER



Friday, March 1, 2024

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : KEMPEN MELAWAT MALAYSIA | MENULIS | HALAMAN 105

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : KEMPEN MELAWAT MALAYSIA

Standard Kandungan
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:
3.2.3 Mencatat maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, dilihat dan didengar.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mencatat sekurang-kurangnya lima daripada enam maklumat penting tentang bahan dalam peta pokok dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami kandungan teks.
  2. Murid mencatat lima maklumat tentang bahan dalam peta pokok.

Aktiviti
  1. Murid menulis tempat pelancongan yang pernah dilawati pada peta bulatan di papan putih.
  2. Murid membaca senyap dan memahami maklumat teks. (Buku Teks ms 105)
  3. Murid membaca kuat kandungan teks Tahun Melawat Malaysia.
  4. Murid dalam kumpulan berbincang tentang maklumat utama dalam teks dengan bimbingan guru. (Vontoh : Fokus Tahun Melawat Malaysia, sasaran, faktor menarik pelancong luar negara, peruntukan yang disediakan dan faktor yang menarik melancong dalam negara)
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mencatat maklumat berdasarkan maklumat utama dengan menggunakan peta pokok.
  6. Murid mempamerkan tugasan. Murid boleh membuat jelajah galeri melihat hasil tugasan kumpulan lain.


CADANGAN JAWAPAN

Mencatat maklumat yang terdapat dalam 
bahan dengan menggunakan peta grafik. 

  1. Promosi hebat Tourism Malaysia
  2. Belanja murah
  3. Pelbagai budaya dan kaum
  4. Pelan eko pelancongan
  5. Negara aman / selamat
  6. Sistem pengangkutan baik
  7. Budaya yang unik dan warna warni
  8. Lokasi menarik / cuaca baik



klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : PERTANDINGAN VIDEO PATRIOTIK | MEMBACA | HALAMAN 104

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : PERTANDINGAN VIDEO PATRIOTIK

Standard Kandungan : 
2.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan mulmedia.

Standard Pembelajaran:
2.2.1 Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca kuat petikan dengan intonasi yang sesuai dan membuat satu keputusan pilihan mereka tentang bahan.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami teks poster.
  2. Murid membuat pertimbangan dan memilih satu tajuk video.
  3. Menyatakan alasan atas keputusan dibuat.
Aktiviti
  1. Murid menonton video pendek.
  2. Murid membaca dan meneliti poster. (Buku Teks ms. 104)
  3. Murid dibimbing membaca tajuk poster dan syarat-syarat pertandingan serta tajuk video pendek yang boleh disertai.
  4. Murid dalam kumpulan (tiga orang) berbincang untuk membuat pertimbangan memilih tajuk video dan alasan mereka memilih tajuk video yang dipilih.
  5. Murid menyatakan pilihan mereka dan alasan memilih tajuk video melalui lakonan.



klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 14 : LAWATAN PATRIOTIK | MENDENGAR DAN BERTUTUR | HALAMAN 103

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : LAWATAN PATRIOTIK

Standard Kandungan : 
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

Standard Pembelajaran:
1.2.1 Bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid dapat membuat pertimbangan dan membuat satu keputusan tempat yang ingin dilawati dengan baik dan bertatasusila.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami keistimewaan lokasi.
  2. Murid membuat pertimbangan dan satu keputusan memilih lokasi yang ingin dilawati.

Aktiviti
  1. Murid menulis teempat bersejarah di Malaysia yang mereka tahu pada peta buih di papan tulis..
  2. Murid membaca dan meneliti tiga lokasi bersejarah dalam teks. (Buku Teks ms. 103)
  3. Murid dibimbing membuat pilihan dan keputusan lokasi sejarah yang ingin dilawati. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan memilih Tuge Negara, Memorial Kemerdekaan dan Istana Negara.
  4. Murid bertutur untuk menyatakan alasan memilih lokasi lawatan yang dipilih.
  5. Murid dalam kumpulan lokasi berbincang melengkapkan dialog dalam teks.
  6. Murid melakonkan dialog dengan membuatkan pertimbangan dan keputusan berdasarkan lokasi yang dipilih.
  7. Murid menulis perbualan dalam buku tulis mengikut format penulisan dialog.




CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 13 : ANAK WATAN BERJAYA | TATABAHASA | HALAMAN 102

 



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : ANAK WATAN BERJAYA 

Standard Kandungan : 
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.

Standard Pembelajaran:
5.2.2 Memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks.
i. kata majmuk kiasan


Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh membina lapan ayat menggunakan empat kata majmuk kiasan dengan baik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid memahami kata majmuk kiasan.
  2. Murid mengenal pasti sebelas kata majmuk kiasan dalam teks.
  3. Murid membina lapan ayat menggunakan kata majmuk kiasan.
 

Aktiviti
  1. Murid bersoal jawab tentang cita-cita mereka dan kejayaan yang hendak dicapai.
  2. Murid diberi penjelasan tentang kata majmuk kiasan. 
  3. Murid membaca dan meneliti teks. (Buku Teks ms. 102)
  4. Murid dalam kumpulan mengenal pasti kata majmuk kiasan dan mencatat pada peta buih.
  5. Setiap kumpulan mempamerkan tugasan. Rakan lain membuat jelajah galeri.
  6. Murid menyatakan makna bagi kata majmuk kiasan yang diperoleh dengan bantuan guru.
  7. Murid membina lima ayat menggunakan empat kata majmuk bebas dan empat kata majmuk mantap dalam buku tulis.
CADANGAN JAWAPAN
Kata majmuk kiasan
1. rendah hati                             8. buah mulut
2. ringan tangan                         9. hidung tinggi
3. ada hati                                 10. membuka mata
4. beradu nasib                         11. halwa telinga
5. makan gaji                            12. tangan terbuka
6. batu loncatan                        13. lupa daratan
7. membanting tulang               14. anak dagang

Bina ayat,
1. Sikap ringan tulang menjadikann Akif senang didekati oleh rakan-rakannya.
2. Setelah dia berjaya menjadi pegawai , Shukri telah lupa daratan asal usulnya .
3. En Daud makan gaji di sebuah syarikat perkapalan.
4. Farid ada hati untuk memikat gadis jelita itu.
5. Perbuatannya itu telah menjadi buah mulut orang kampung.
6. Keluarga Sakinah menerima kedatangan kami sekeluarga dengan tangan terbuka.

klik gambar untuk maklumat lanjut

CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 13 : MURID MISALI | SENI BAHASA | HALAMAN 101

 


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : MURID MISALI 

Standard Kandungan : 
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secra kreatif.

Standard Pembelajaran:
4.3.1 Mengubah suai puisi dengan bahasa yang indah dan santun secara berpandu dan mempersembahkannya secara kreatif.


Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengubah suai sebelas frasa dalam rangkap gurindam dan mempersembahkan dengan gaya yang menarik.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca rangkap gurindam.
  2. Muurid mengubah suai gurindam dengan sebelas frasa yang sesuai.
  3. Murid melagukan gurindam secara berpasangan.

Aktiviti
  1. Murid menonton video gurindam.
  2. Murid membaca rangkap gurindam (Buku Teks ms. 101)
  3. Murid mendengar rakaman audio gurindam Asnita.
  4. Murid melagukan gurindam Asnita mengikut audio yang diperdengarkan.
  5. Murid dalam kumpulan berbincang mengubah suai perkataan berwarna biru dalam gurindam dengan memilih frasa baru yang sesuai.
  6. Murid secara berpasangan melagukan gurindam Asnita.Rakan lain membberikan bintang bagi persembahan tersebut.
  7. Murid menulis seloka yang telah diubah suai dalam buku tulis.

CADANGAN JAWAPAN

Apabila peribadi dipuji rakan,
Tandanya kita suri teladan.

Apabila tersematnya jati diri, 
Bakallah hebat disiplin disuburi.

Murid yang berjiwa murni, 
Ibarat bintang malam gemilang.

Murid yang menjadi ikutan, 
Bagaikan denai di tengah hutan.

Apabila hidup membantu insani,
Tanda diri berjiwa murni.

Apabila suka menabur jasa, 
Kejayaan tiba tak kira masa.


klik gambar untuk maklumat lanjut


CADANGAN JAWAPAN & RPH BM TAHUN 5 | UNIT 13 : PENGORBANANKU DEMI TUGAS | MENULIS | HALAMAN 100

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TOPIK : PENGORBANANKU DEMI TUGAS


Standard Kandungan : 
3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran:
3.2.2 Menhasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran murid boleh menjawab empat daripada lima soalan pemahaman dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
  1. Murid membaca dan memahami teks.
  2. Murid menjawab soalan-soalan bertumpu.
  3. Murid menjawab lima soalan pemahaman.

Aktiviti
  1. Murid menamakan pasukan uniform di Malaysia.
  2. Murid membaca dan memahami teks biografi. ( Buku Teks ms. 100)
  3. Murid dibimbing memahami kandungan teks.
  4. Murid dipilih secara rawak membaca kuat teks.
  5. Kuiz.Murid menjawab soalan bertumpu berdasarkan teks. Kumpulan yang dapat menjawab paling banyak soalan dianggap pemenang.
  6. Murid menjawab soalan pemahaman secara lisan.
  7. Murid menjawab soalan pemahaman berkaitan teks dibaca dalam buku tulis.

CADANGAN JAWAPAN

1. Malim gunung, Mohd Ridzuan, tidak mahu dianggap sebagai wira. Mengapa?
Malim gunung, Mohd Ridzuan tidak mahu dianggap sebagai wira kerana menganggap sumbangannya itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan anggota  keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.

2. Bagaimanakah negara mengiktiraf jasa dan bakti beliau?
Negara mengiktiraf jasa dan bakti beliau dengan menobatkannya sebagai ikon kebanggaan negara.

3. Pada pendapat kamu, apakah kesan kepada imej Malaysia di mata dunia dengan sikap sanggup berkorban beliau itu? 
Pada pendapat saya, imej Malaysia dipandang tinggi dimata dunia dengan sikap sanggup berkorban beliau itu.

4. Apakah sumbangan malim gunung terhadap pembangunan negara? 
Sumbangan malim gunung terhadap pembangunan negara ialah membantu industri pelancongan negara.

5. Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah di atas.
 Pengajaran daripada kisah di atas ialah kita mestilah sanggup berkorban nyawa demi negara tanpa mengharapkan sebarang balasan.


klik gambar untuk maklumat lanjut


LATIHAN SUSUN PERKATAAN

LATIHAN SUSUN PERKATAAN
ULANGKAJI

PERIBAHASA

PERIBAHASA
ULANGKAJI

KATA KERJA

KATA KERJA
ULANGKAJI

ANTONIM

ANTONIM
ULANGKAJI

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
ULANGKAJI

SINONIM

SINONIM
ULANGKAJI

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA